Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Tuesday, May 12, 2009

Wahai Murabbi !

Maahad Tarbiyah Islamiyyah Al Ansar sudah hampir mencecah 33 tahun. Alhamdulillah program pentarbiyahan terus berjalan lancar. Anak-anak didik masih seperti dulu, terus menghargai pengorbanan Murabbi mereka. Pada Jumaat lepas (8/5/2009) mereka telah mengadakan Sambutan Meraikan Murabbi. Walaupun sederhana tetapi hampir semuanya mereka atur dan rencanakan sendiri tanpa bantuan mualim/ah. Itulah kesungguhan yang mereka zahirkan.

Seawal 8am majlis diatur. Antaranya sukaneka dan 'treaser hunt'. Yang mana cukup 'melelahkan' barisan mualim/ah. Kemudian malamnya disambung dengan beberapa lagi acara persembahan nasyid dari guru dan murid, syair, pantun seloka, lakonan pendek serta penyampaian hadiah dari pelajar. Pelbagai ragam dapat disaksikan dari acara dan aktiviti yang dijalankan. Antara yang menarik perhatian ialah persembahan lakonan pendek dari mualimah bujang. Ada lima babak, menceritakan kerenah dan keletah anak didik; mengurat, mengumpat, meniru, ber'tenet' (dating) dan mengintai. Pasti meriuhkan keadaan. Pelajar yang beranggapan bahawa kerja mungkar mereka tak diketahui, terbongkar kesemuanya pada malam tersebut. Tetapi dalam suasana yang hikmah. Tak ketinggalan juga guru-guru veteran menyampaikan nasihat serta saranan secara syair dan pantun seloka.
Dalam keriuhan persembahan-persembahan, mualim/ah dikejutkan dengan penyampai-penyampai hadiah yang datang dalam pelbagai penampilan. Antaranya seperti kaum Maori, 'post woman', tarzan, permainsuri, badut dan sebagainya...............................................................



Wahai Murabbi !

Di bahu kita diletakkan tanggungjawab mentarbiyah anak bangsa. Menyampaikan ilmu, mendidik jiwa dan memurnikan akhlak. Mereka apa yang kita hidangkan. Kita perlu mengetahui kehendak semasa anak didik, dan disesuaikan dengan kehendak syariat. Mereka bukan seperti kita dahulu. Bak kata iklan TV "Dunia dah maju, zaman dah berubah". Kita perlu berubah. Usia bukan penghalang, yang utama persiapkan minda. Buka dan kembangluaskan ia. Melalui bacaan dan pemerhatian. Jangan dijumudkan dengan lagu lama kita dahulu. Hindarkan hipokrit, kita juga pernah duduk seperti zaman mereka dahulu.

Wahai Murabbi !

Anak didik ini acuan kita. Acukan mereka acuan kemantapan Akidah serta bintang ketinggian akhlak. Leburkan mereka dalam acuan keluasan ilmu. Ilmu yang memberi kekuatan jiwa dan usaha. Agar mereka rasa ALLAH sentiasa bersama di mana mereka berada dan perbuat.

Wahai Murabbi !

Suburkan keikhlasan kita dengan Allah. Istiqamah dalam ibadah walaupun kita anggap ianya sebesar zarah. Agar ALLAH mudahkan serta memberi keberkatan atas usaha kita yang sedikit. Dan anak didik kita tak persoal apa yang kita buat. Sebab sumber pergantungan dan kekuatan kita dari ALLAH tuhan alam sejagat.

No comments: