Monday, February 22, 2010
Burung putih & hitam..............WaAllahualam!
Sunday, February 21, 2010
Hiburan?
Pertandingan Nasyid antara sekolah-sekolah agama rakyat negeri Selangor sempena program Amal Islami Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar telah diadakan pada 20 Feb 2010. Program yang bertemakan 'Rasulullah Insan Teragung' ini telah bermula dari jam 9am hingga jam 2.30pm.
Kumpulan nasyib Syababul Ansar yang telah mewakili kerajaan negeri Selangor pada tahun lepas serta juga merupakan tuan rumah telah memenangi tempat pertama.
Semoga hiburan secara Islam dapat dikembangluaskan serta menarik anak-anak remaja yang fitrah mereka perlukan keseronokan disalurkan kearah mendekati Rab.
TAHNIAH buat anak-anak didik ku.................................
Wallahualam!
Thursday, February 18, 2010
Hanya tulang saja, KEDEKUT!
Lamunan ku membawa akan kisah sahabat Rasulullah s.a.w yang terlalu sayang kepada kucing sehinggakan kucing mengisi ruang-ruang sakunya. Menyedarkan aku juga akan syafaat yang Allah berikan keatas seorang bekas pelacur setelah dengan tulus ikhlas memberi minum kepada seekor anjing dengan hanya menggunakan sepatunya.
MasyaAllah, adakah hati kotor seperti ini yang ingin aku hadapkan dihadapan Allah kelak?.
Monday, February 15, 2010
Pemimpin Remaja; Pemimpin dan memimpin
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya akan kepimpinannya."
Qiyadah Camp 1431H membuka tirai. Pilot group, seramai 20 orang pelajar terpilih sebagai peserta. Program yang dibentuk untuk 26jam diadakan di sebuah banglo kayu mewah berlatarbelakangkan kampong yang terletak disekitar Sungai Buloh.
5pm: Peserta sampai ditapak training. Mereka diberi taklimat program. Arahan mudah diberi. Mereka hanya perlu menepati waktu solat dan waktu yang diumumkan SAHAJA. Kemudian pembahagian kumpulan dibuat (sebanyak 4 kumpulan) dan diberi bilik penginapan untuk peserta muslimin dan muslimat.
5.30pm: Aktiviti bebas
6pm: Modul 1: SUDOKU
7.30pm: Solat Maghrib / Tayangan Movie 'Children of Heaven'
9pm: Solat Isya'
9.30pm: Modul 2: Si buta & malam; Setiap ahli kumpulan dikehendaki menutup mata kecuali ketua sahaja. Ketua akan membawa ahlinya berjalan dalam gelap serta laluan yang agak mencabar. Apa yang penting mereka perlu memenuhi masa yang ditetapkan untuk sampai semula ke garisan permulaan.
Percubaan kali pertama dan kedua. Semua kumpulan tidak dapat memenuhi masa yang ditetapkan. Tetapi setelah kali ke-3 setiap kumpulan dapat memenuhinya.
Sebelum berpindah ke Modul Sampingan saya mendampingi peserta untuk binding modul.
"Macam mana, penat ke?. Dalam kepenatan dan kegembiraan sepanjang aktiviti tadi, apa yang kamu dapat pelajari."
Mendengar soalan saya, beberapa orang peserta yang masih tercungap-cungap serta ada yang masih tak selesa akibat basah setelah jatuh kedalam kolam ketika games tadi. Bangkit memberi pandangan.
"Susah nak berjalan dalam keadaan 'buta' terutama tempat gelap ustaz."
"Walaupun saya sebagai ketua celik (tak ditutup mata) tapi sangat mencabar ustaz untuk bawa anak buah yang 'buta'. Rasa nak marah pun ada ustaz. Mana tidaknya saya suruh jalan dan dah beritau selamat. Tapi mereka masa teragak-agak nak jalan. Macam tak percaya kat saya."
Kemudian bangun seorang peserta muslimat yang telah merasa kedua-dua situasi (jadi ketua yang tak ditup mata dan jadi ahli yang ditutup mata)
"Masa saya jadi ketua, saya rasa marah dekat ahli saya ustaz. Saya dah yakinkan mereka bahawa jalan yang saya bawa selamat dimana mereka boleh berlari sahaja. Tetapi mereka tetap ingkar. Puas saya tarik mereka. Tapi mereka tetap teragak-agak. Saya hamper nak terus saja tarik tanpa pedulikan apa yang akan terjadi pada mereka." Luah anak itu bersungguh.
"Tapi ustaz bila saya jadi ahli (ditutup mata) baru lah saya rasa bahawa saya sangat memerlukan panduan dari ketua saya dengan baik. Kerana dunia saya kelam. Ketika itu tanpa pedoman dari ketua saya tak boleh bergerak dan mungkin kaku."
Setelah selesai mendengar pendapat-pendapat peserta, saya bangkit untuk binding.
"Begitulah kita sebagai pemimpin, didalam mengejar sesuatu matlamat. Kita hanya syok sendiri tanpa mempertimbangkan samada ahli kita mampu ikut atau tidak. Dan lebih teruk lagi kita terus melulu kedepan untuk melaksanakannya tanpa kita menyediakan panduan, membimbing dan memberi pedoman kepada mereka. Kita tidak berusaha lansung memahami kehendak anak buah kita."
"Seterusnya apa yang ustaz nak sampaikan ialah; sebenarnya kepimpinan itu bukanlah suatu perkara yang susah. Kamu boleh capai matlamat kamu. Apa yang penting kamu perlukan sedikit kesabaran untuk berusaha dan tidak berputus asa. Buktinya, setelah 3 kali percubaan kamu semua Berjaya menepati masa yang ditetapkan bahkan ada kumpulan yang awal seminit dari masa yang ditetapkan."
"Akhir sekali, apa yang ustaz ingin tekankan. Permainan ini bukanlah tujuan utama untuk memenatkan kamu serta untuk kamu sekadar bersuka. Tetapi yang lebih penting adalah untuk kamu rasa keadaan sebenar situasi kamu sebagai pemimpin pelajar. Insyallah ustaz doakan kamu semua menjadi pemimpin yang cemerlang."
Alhamdulillah, modul ini berjalan lancar. Program berjalan dengan perlaksanaan 1 lagi modul sampingan serta dituruti 4 modul serta 4 tugasan pada keesokan siangnya.
Thursday, February 11, 2010
Budaya apa untuk anak?
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه كما تنتج البهيمة بهيمة جمعاء هل تحسون فيها من جدعاء
Hadis: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Bersabda Rasulullah s.a.w. ; Lahirnya seorang anak itu dengan keadaan firah suci bersih. Kedua ibubapanyalah yang membentuknya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Sebagaimana binatang ternakan melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu lihat hidung, telinga atau mana-mana bahagian anggotanya terpotong?.
Bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. Sebagai ibubapa kita semestinya mencorakkan zuriat-zuriat kita. Mereka adalah cermin kita. Setiap hari, setiap jam, setaip saat mereka memerhati kita. Mereka turut menilai dekorasi rumah yang kita bawa - Inggeris Style, Bali Style, Dekorasi Melayu dan bermacam style lagi........................... atau ILMU STYLE. Tidak hiranlah jika kita mengeluh anak malas untuk membaca serta belajar. Jika persekitaran rumah yang kita sediakan tidak sama sekali menyokong untuk itu. Mungkin ada satu atau dua rak. Tapi itupun dekorasinya tidak sama sekali menarik serta hanya menempatkan buku-buku 'lapuk' yang menunggu masa untuk dibunag. Sama-sama lah kita ingat bahawa tujuh perkara dibawah ini amat mempengaruhi anak kita:
1. Pertuturan kita 2. Kelakuan kita 3. Cara kita berbelanja/cara kita menyalurkan duit 4. Dekorasi Rumah 5. Saluran institusi pendidikan yang kita tujukan 6. Hubungan kita dengan ALLAH 7. Hubungan kita sesama manusia (ibubapa/adik-beradik/jiran/rakan..dll)
Kerana merekalah aset kita paling berharga. Rumah dengan hiasan yang cantik lagi mahal, harta yang banyak, kereta yang mewah dan wang yang bertimbun semuanya tidak bermakna tanpa hadirnya zuriat (anak) yang soleh lagi berilmu.kerana ingat! dalam satu hadis lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut. "Sekiranya kamu inginkan dunia kamu perlukan ilmu; dan jika kamu inginkat akhirat kamu juga perlukan ilmu.
Wallahualam!
Tuesday, February 9, 2010
Air atau Batu: Terpulang pada diri mu wahai REMAJA
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanya lah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi. Sebagai seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu melihat hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?.
Seperti biasa selepas itu saya terus meluru ke kamar saya yang setia menanti kedatangan saya. "Ah! Rindu rasanya dengan kamar ni",bisik hati saya. Walaupun kamar ini tak seenak seperti kamar pengerusi yayasan atau pengetua sekolah-sekolah yang lain. Tapi inilah kubu jihad saya.
Kemudian saya membuka diari serta meneliti catatan tugasan yang saya telah rancang untuk laksanakan. "MasyaAllah, sempat ke nak selesaikan semuanya ini hari ni!", hati berkata lagi. Bingkas saya terus melaksanakan tugas seperti yang dirancang sambil memanggil mualim/mualimah yang berkaitan.
"Ustaz, Zah (bukan nama sebenar) yang lari dari rumah sudah balik. Mak dan ayahnya akan hantar dia pagi ni. Jadi macam mana Ustaz." Ustazah Hafizatun yang telah sampai sejak beberapa jam tadi memecah kesunyian pejabat. Saya termangu sebentar mendengar persoalan itu. Saya terfikir akan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
'Setiap anak itu dilahirkan ibarat kain putih, ibubapanya yang mewarnainya; samada yahudi, nasrani atau majusi.'
"Apalah salahnya saya pula jadi ibubapa Zah", hati memujuk sendiri.
Sememangnya kami di Maahad Al Ansar meletakkan kuota 2% untuk menerima pelajar yang punyai masalah sosial. Sengaja saya lakukan ini. Kerana saya beryakinan ini adalah tanggungjawab semua umat Islam terutama golongan yang memperhambakan diri dalam pentarbiyahan remaja Islam. Dan saya turut berdoa; dengan usaha saya yang tak seberapa ini Allah turut menjaga zuriat-zuriat saya dari budaya kuning yang melanda remaja Islam sekarang.
"Tak pa lah ustazah, minta saja mereka hantar dan sampai disini nanti, minta parent Zah jumpa saya."
Setelah sejam berlalu, saya yang asyik berada disekitar kawasan Maahad (memerhatikan kerosakan bangunan-bangunan Maahad yang perlu dibaikpulih) diberitahu Ustazah Hafizatun bahawa parent Zah sudah sampai dan sedang tunggu di pejabat. Langkah rapi terus saya atur dengan harapan anak ini kelak lembut hatinya.
"Assalamualaikum, hah Zah apa khabar", sambil menghulurkan tangan pada ayahnya saya turut menyapa Zah yang air mukanya masam bak cuka. Sambil senyum saya bertanya " Ada apa-apa yang abang dan kakak nak berkongsi dengan saya. Sebaik sahaja saya melabuhkan noktah, ayahnya terus menceritakan perkara yang berlaku semasa cuti dan ketika dua minggu Zah melarikan diri dari rumah. Semua cerita yang tak enak belaka.
"Tak pa lah bang, kak. Semuanya perkara tu dah berlaku. Sekiranya tak da apa lagi yang kakak dan abang nak kongsikan dengan saya lagi. Abang dan kakak bolehlah hantarkan barang Zah di asrama dan tinggalkan Zah di sini. Saya nak berbual-bual sebentar dengan Zah." Sebelum kedua ibubapanya pergi saya sempat minta Zah bersalaman dengan mereka.
"Ok Zah, mari masuk pejabat Ustaz," ajak ku sambil membuka luas pintu bilik dan tingkap (sebagai langkah mengelak fitnah).
Setelah dia mengambil tempat duduk dengan selesa, saya terus bertanya, "Ada apa-apa yang Zah nak kongsikan dengan Ustaz?". Sejenak selepas mendengar soalan saya air matanya terus mengalir. Saya lihat dia sedang bersedia untuk menyusun kata-kata.
"Ustaz! Kenapa parent saya tak memahami jiwa saya. Mereka selalu anggap yang kawan-kawan saya yang menyebabkan saya jadi begini. Tetapi sebenarnya tidak. Kawan-kawan saya termasuk boyfriend saya semuanya nak kan saya jadi baik. Tapi saya sahaja yang berdegil. Saya taknak sekolah di sini Ustaz, saya nak bersekolah di sekolah agama SB di Gombak." Zah mengatur kata-kata sulongnya
(Panjang lagi keluhan anak ini termasuklah hal keretakan rumah tangga – tapi tak semuanya boleh dimuatkan disini)
"Hati saya tak da disini Ustaz, saya hanya mahu belajar di sekolah agama SB", sambung Zah lagi.
Saya diam sebentar sambil menyelami pekerti anak ini. " Ustaz tak mahu memaksa Zah untuk sekolah di sini. Kerana ini akan hanya menyeksa Zah. Tapi apalah daya upaya Ustaz. Setelah berbincang dengan parent Zah, mereka tetap mahu Zah bersekolah di sini. Kenapa? Ustaz yakin jawapan itu ada pada Zah sendiri. Keyakinan mereka sudah hilang pada Zah". Lagi bercucuran air mata anak ini apabila mendengarkan kata-kata saya mungkin dah diduga olehnya.
"Hari ini Ustaz nak ajar Zah satu ilmu. Zah pernah dengar perkataan redha?, dan Zah faham maksud dia".
" Pernah Ustaz tapi tak pasti maksudnya."
"Redha ialah, kita menerima ketentuan yang Allah telah tetapkan dengan hati yang tulus".
"Setelah sebulan saya duduk disini, saya cuba untuk redha. Tapi tak berjaya Ustaz."
"Bagaimana pula dengan mujahadah, Zah pernah dengar." Anak yang tunduk terpaku dihadapan saya itu terus menggelengkan kepala.
"Mujahadah bermaksud kita korbankan kehendak hati kita semata-mata memenuhi kehendak Allah."
"Zah pernah pergi waterfall?."
"Pernah!."
"Tentu Zah ada lihat air dan batu bukan?. Batu yang keras, tetap mengeras di tempatnya tidak berubah. Tapi air yang lembut yang melanggar batu akan mengambil tindakan berubah untuk memastikan ia terus mengalir. Dan sedikit demi sedikit air yang lembut ini akhirnya berjaya mengubah kedudukan batu yang keras itu. Zah faham maksud Ustaz?."
Lama saya biarkan anak itu diam untuk berfikir serta bermuhasabah akan ibarat saya itu. "Ustaz, peperiksaan terdekat bila ya?".
"Selepas cuti semester bulan tiga, kenapa?".
"Ustaz, melalui peperiksaan terdekat ini saya akan buktikan pada mama dan papa bahawa boleh berubah". Dengan wajah yakin anak ini meletakkan janji dihadapan saya.
"Tahniah Zah, Ustaz akan doakan Zah berjaya dunia dan akhirat. Jadikan apa yang telah berlaku ini sebagai satu cabaran". Saya akhiri dengan ransangan kata ini. Semoga anak ini diredhai Allah. Amin!
Tuesday, February 2, 2010
6 atau 7 ?
Monday, February 1, 2010
Merajuk !
Sekiranya orang tua merajuk............pastinya orang akan kata " Alahhhhhhhhh BURUK nya!."
Kalau kekasih merajuk.......................pasangannya cepat-cepat PUJUKKK
Jika Ibu yang merajuk.......................anak yang soleh pasti tak senang DUDUKKK
Apabila anak remaja merajuk...........'salah-salah haribulan' bapanya angkat BEDUKKKK
Tapi bila anak kecil ini merajuk............hati ku sayu lagi pedih bagai di CUCUKKKK,
terus terlintas dibenak ku akan zuriat ku ini yang lahir tanpa dapat melihat akan ibunya. Membesar tanpa susu sebatian jasad yang dipanggil UMI. Itulah hadiah yang Allah berikan padamu yang pasti ada hasanahnya. AMIN