Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Friday, May 1, 2009

Pekerja Selamanya


Pada siapa, untuk apa, kerana sesiapa kerja buat kita. Adakah kerja buat kita atas dunia ini untuk diri kita atau untuk (kerana) Allah. Melalui solat yang merupakan foundation agama, kita di ajar membulatkan niat ’Sahaja aku solat fardhu ........... kerana Allah’ kemudian dikuatkan lagi dengan doa iftitah yang menyebut ’Solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku untuk Allah, tuhan sekelian alam’. Hak yang demikian solat diwajibkan 5 waktu dalam masa sehari. Memastikan agar manusia tidak lupa akan segala kerja buatnya adalah untuk Allah, tuan manusia.

Makan, kita ingat Allah; minum begitu juga. Tidur, kita ingat Allah; begitu juga dengan jaga, masuk dan keluar tandas, keluar rumah, naik dan turun kenderaan. Pekanya kita sehingga sekiranya anak kita tak baca Bismillah, kita sanggup ’haramkan’ anak kita makan.
Tetapi kemanakah ciri-ciri ’sufi’ ini bila kita sampai ke office, mata mula menjeling pakaian rakan sekerja wanita yang mengenakan kebaya ketat, kain belah; sambil mulut mengusik lucah. Bila sampai di sanggar kerja, hati mula berdebar ingin keluar, lapar katanya. Maka keluarlah ke cafe atau restoran, bersembang hibur debar lara. debar apa?....debar malas kerja namanya.
Setibanya ke pejabat semula, mula cari mangsa untuk past kerja. Yang junior pasti kena. Alasan, agar pandai buat kerja. So....meka hanya mampu masam muka. Gitu juga dengan harta pejabat, pakai ikut suka.

Namun tak disangkal, ramai yang lillahitaala....kerja hebat. Semua nya menepati prosedur. Sampai office ketika pak guard masih menghembus dengkur lapang menganga. Balik pula, sampai terpaksa meraba sebab mata mengantuk tak terkata, gelap pun dah menyelubungi dunia. Bagi mereka Hari Pekerja untuk Bekerja.

Seterusnya........walau siapa kita, di mana kita bekerja, setinggi mana jawatan kita, semantap mana gaji kita, sebesar mana kereta dan isteri kita. Kita tetap pekerja selamanya. ......Pekerja ALLAH

Selamat Hari Pekerja
Maaf Zahir & Batin
0 - 0

No comments: