mendidik anak-anak untuk........................
Menyayangi & Menghargai"Along, angah, abang chik, kakak, cepat siap. Pakai baju yang Abi dah sediakan dalam bilik tu."
"Kita nak pergi mana Abi." Tanya Muzakkir (abang chik) yang sememangnya punya sifat suka bertanya.
"Kita nak pergi jalan-jalan lah abang!." Sampuk kakak yang baru sahaja berumur 4 tahun itu dengan ceria.
"Abang ingat tak abang pernah ajak Abi pergi rumah Atuk dan Nenek dulu."
"Yeh! yeh! kita nak pergi rumah Atuk." Jerit kakak gembira.
Puan Maria merupakan kawan arwah isteriku ketika mengajar di Sekolah Menengah Telok Dato', Banting, Selangor. Manakala Hj. Misran adalah suami Puan Maria. Mereka berdua inilah yang dipanggil atuk dan nenek oleh anak-anakku.
Setiba sahaja di rumah Kak Maria; mereka yang telah bersedia, menyambut kedatangan kami sekeluarga dengan mesra. Hj Misran yang sememanganya gemar dengan kanak-kanak menyambut girang Nasihah, Nadhirah, Muzakkir dan Nasriyah. Anak-anak saya juga nampak selesa dengan sambutan dan layanan mereka.
Topik perbualan kami sekitar becerita serta bertanyakan suasana menyambut Eidulfitri. Sesekali aku tanyakan juga mengenai perkembangan rakan-rakan Sekolah Menengah Telok Dato'.
"Kakak banyak dapat duit raya tak?." Tanya Hj Misran kepada anakku Nur Nasriyah.
"Banyak! tapi beri Umi simpan."
"Ha! bagus lah macam tu."
"Mari turun bawah, kita makan mee. Mee goreng, anak bujang nek yang masak." Seru Kak Maria yang tiba-tiba menyelah perbualan kami anak-beranak dengan Hj Misran.
"Ahhh! ini mesti 'special' ni." Sahut ku yang lantas mengundang gelakan keriangan kami anak-beranak serta isi rumah.
Selesai sahaja menjamu, anak-anak ku bersalam dengan Kak Maria, Hj Misran serta anak-anaknya. Hj Misran turut menghulurkan duit raya kepada anak-anakku.
"Along, Angah, Abang Chik, Kakak. Nenek dan Atuk ni kawan Umi. Umi Norizan." Jelaskan ku kepada anak-anak tujuan untuk lebih mengukuhkan kefahaman mereka.
"Abi sayang Umi, tapi Umi dah tak da. Jadi Abi tetap ziarah Nenek dan Atuk. Sebab Nenek kawan rapat Umi. Itu yang Rasulullah suruh kita buat." Jelas ku lagi.
"Jadi, jika ditakdirkan Abi takda. Along, Angah, Abang Chik, Kakak, kena tetap ziarah Nenek dan Atuk ya!."
Anak-anak semuanya mengangguk faham. Setakat mana kefahaman mereka, wallhualam!. Tapi yang penting sebagai bapa aku perlu mentarbiyah mereka untuk menghargai serta terus menyalurkan kasih-sayang pada Umi mereka dengan cara yang diajar oleh baginda Rasullulah s.a.w. Lebih-lebih lagi dalam suasana hari-raya dimana amalan ziarah-menziarahi menjadi amalan masyarakat.
Harapnya sekiranya umurku singkat, anak-anakku tahu siapa yang sepatutnya mereka ziarahi.
Dikesempatan hari raya ini aku bawa juga anak-anakku pergi berziarah guru-guru serta rakan-rakan aku dan Umi Syifa' mereka (Aida Rosniza). Pesanan yang sama juga aku ucapkan dengan harapan anak-anakku meneruskan amalan tersebut apabila pemergiam kami kelak.
(gambar Nazir Mislan sekeluarga - gambar diambil di rumahnya di Muar - rakan rapat ketika di kampus sehingga sekarang)Wallahualam!