Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Monday, February 22, 2010

Burung putih & hitam..............WaAllahualam!


Semasa dalam satu ucapan sempena Program Amal Islami peringkat sekolah-sekolah agama rakyat negeri Selangor. Saya terlebih dahulu membacakan ayat di atas serta mengaitkannya dengan perjuangan Allahyarham al Fadhil Ustaz Zakaria Al Ansari serta golongan terdahulu yang bersamanya merperjuang serta mempertahankan Al Ansar (untuk maklumat mengenai Al Ansar - sila klik). Iaitu dari permulaan membuka tanah sejak tahun 1976 kemudian mendirikan bangunan serta menerima pelbagai sudut tekanan dari pihak berkuasa mahupun berkumpulan dan persendirian. Fitnah, mehnah dan tribulasi ini dihadapi dengan penuh taqarrub kepada Rabb.
Alhamdulillah, sekarang Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (Al Ansar) telah berusia 34 tahun dan masih ukuh dan utuh sebagai institusi pentarbiyahan - wakaf. Walaupun tanpa bantuan sebutir beras pun dari pihak berwajib. Namun perubahan serta penambahbaikkan terus berlaku.
Akhirnya, saya menegaskan bahawa mengekalkan pentarbiyahan ini adalah tanggungjawab semua muslimin hatta dengan setitik keringat. Oleh itu penutup ucapan, saya menuntut komitmen serta kerjasama dari semua terutama hadirin yang hadir.
Setelah selesai program saya sempat bersapa dengan salah seorang hadirin yang juga pengendali siatem audio untuk program ini.
"Assalamuaikum, abang dah siap berkemas dan nak balik ke?" sapa saya membuka taaruf.
"Ya ustaz" sapaan saya disambut mesra. "Sebenarnya ustaz, saya sebak ketika mendengar ucapan ustaz tadi, sehinggakan saya terpaksa beredar kerana malu dilihat oleh anak-anak didik Al Ansar yang berada dihadapan saya."
Dengan nada terkejut berbaur keliru. "Eh! kenapa?."
"Saya terbayang semula kenangan saya bersama arwah (Ustaz Zakaria Al Ansari) ketika awal membuka Al Ansar."
"MasyaAllah! abang ini merupakan golongan terdahulu yang saya maksudkan dalam ucapan tadi rupanya." Bisik hati saya berselari dengan wajahnya yang masih nampak kesebakan.
"Dan ustaz sebenarnya dia dikuatkan lagi dengan mimpi saya semalam."
"SubhanAllah....mimpi apa tu?." Menambahkan kekeliruan saya.
"Begini ustaz, malam semalam saya bermimpi ketika saya datang ke Al Ansar saya nampak cahaya yang sangat cerah. Kemudian datang gerombolan burung hitam menyebabkan keadaan bertukar malap. Tak berapa lama, datang kumpulan burung putih memakan gerombolan burung hitam tadi serta suasana mencari cerah semula. Ada percubaan burung hitam untuk 'mengalahkan' burung putih. Tetapi tak berjaya."
"Oh begitu, wallahualam.....sama-samalah kita mohon perkara-perkara yang baik." Sambung saya sebaik mendengar penjelasan mimpi abang tersebut. Semoga Allah turut memberi kebaikkan padany
اللهم انا نسالك من الخيركله عاجله وءاجله ما علمنا منه وما لم نعلم ونعوذ بك من الشر كله عاجله وءاجله ما علمنا منه وما لم نعلم
اللهم يا فتاح يا عليم
...................................................
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikkan, samada yang kami telah atau belum ketahui, kurniakanlah kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh yang sihat, akal yang sejahtera, semangat yang membara dalam berusaha.
Ya Allah, kami memohon perlindungan dari segala hasad dengki dan iri hati, samada yang telah atau belum kami ketahui, ya Allah lembut dan satukanlah jiwa-jiwa kami dalam menggalas amanah Mu.......................Amin

1 comment:

mie said...

terkejut aku bila ko jadi follower blog aku dan dila.. Nama yang tak asing walaupun wajah telah berubah. semoga ko diberkati Allah selalu