Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanya lah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi. Sebagai seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu melihat hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?.
Seperti biasa selepas itu saya terus meluru ke kamar saya yang setia menanti kedatangan saya. "Ah! Rindu rasanya dengan kamar ni",bisik hati saya. Walaupun kamar ini tak seenak seperti kamar pengerusi yayasan atau pengetua sekolah-sekolah yang lain. Tapi inilah kubu jihad saya.
Kemudian saya membuka diari serta meneliti catatan tugasan yang saya telah rancang untuk laksanakan. "MasyaAllah, sempat ke nak selesaikan semuanya ini hari ni!", hati berkata lagi. Bingkas saya terus melaksanakan tugas seperti yang dirancang sambil memanggil mualim/mualimah yang berkaitan.
"Ustaz, Zah (bukan nama sebenar) yang lari dari rumah sudah balik. Mak dan ayahnya akan hantar dia pagi ni. Jadi macam mana Ustaz." Ustazah Hafizatun yang telah sampai sejak beberapa jam tadi memecah kesunyian pejabat. Saya termangu sebentar mendengar persoalan itu. Saya terfikir akan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
'Setiap anak itu dilahirkan ibarat kain putih, ibubapanya yang mewarnainya; samada yahudi, nasrani atau majusi.'
"Apalah salahnya saya pula jadi ibubapa Zah", hati memujuk sendiri.
Sememangnya kami di Maahad Al Ansar meletakkan kuota 2% untuk menerima pelajar yang punyai masalah sosial. Sengaja saya lakukan ini. Kerana saya beryakinan ini adalah tanggungjawab semua umat Islam terutama golongan yang memperhambakan diri dalam pentarbiyahan remaja Islam. Dan saya turut berdoa; dengan usaha saya yang tak seberapa ini Allah turut menjaga zuriat-zuriat saya dari budaya kuning yang melanda remaja Islam sekarang.
"Tak pa lah ustazah, minta saja mereka hantar dan sampai disini nanti, minta parent Zah jumpa saya."
Setelah sejam berlalu, saya yang asyik berada disekitar kawasan Maahad (memerhatikan kerosakan bangunan-bangunan Maahad yang perlu dibaikpulih) diberitahu Ustazah Hafizatun bahawa parent Zah sudah sampai dan sedang tunggu di pejabat. Langkah rapi terus saya atur dengan harapan anak ini kelak lembut hatinya.
"Assalamualaikum, hah Zah apa khabar", sambil menghulurkan tangan pada ayahnya saya turut menyapa Zah yang air mukanya masam bak cuka. Sambil senyum saya bertanya " Ada apa-apa yang abang dan kakak nak berkongsi dengan saya. Sebaik sahaja saya melabuhkan noktah, ayahnya terus menceritakan perkara yang berlaku semasa cuti dan ketika dua minggu Zah melarikan diri dari rumah. Semua cerita yang tak enak belaka.
"Tak pa lah bang, kak. Semuanya perkara tu dah berlaku. Sekiranya tak da apa lagi yang kakak dan abang nak kongsikan dengan saya lagi. Abang dan kakak bolehlah hantarkan barang Zah di asrama dan tinggalkan Zah di sini. Saya nak berbual-bual sebentar dengan Zah." Sebelum kedua ibubapanya pergi saya sempat minta Zah bersalaman dengan mereka.
"Ok Zah, mari masuk pejabat Ustaz," ajak ku sambil membuka luas pintu bilik dan tingkap (sebagai langkah mengelak fitnah).
Setelah dia mengambil tempat duduk dengan selesa, saya terus bertanya, "Ada apa-apa yang Zah nak kongsikan dengan Ustaz?". Sejenak selepas mendengar soalan saya air matanya terus mengalir. Saya lihat dia sedang bersedia untuk menyusun kata-kata.
"Ustaz! Kenapa parent saya tak memahami jiwa saya. Mereka selalu anggap yang kawan-kawan saya yang menyebabkan saya jadi begini. Tetapi sebenarnya tidak. Kawan-kawan saya termasuk boyfriend saya semuanya nak kan saya jadi baik. Tapi saya sahaja yang berdegil. Saya taknak sekolah di sini Ustaz, saya nak bersekolah di sekolah agama SB di Gombak." Zah mengatur kata-kata sulongnya
(Panjang lagi keluhan anak ini termasuklah hal keretakan rumah tangga – tapi tak semuanya boleh dimuatkan disini)
"Hati saya tak da disini Ustaz, saya hanya mahu belajar di sekolah agama SB", sambung Zah lagi.
Saya diam sebentar sambil menyelami pekerti anak ini. " Ustaz tak mahu memaksa Zah untuk sekolah di sini. Kerana ini akan hanya menyeksa Zah. Tapi apalah daya upaya Ustaz. Setelah berbincang dengan parent Zah, mereka tetap mahu Zah bersekolah di sini. Kenapa? Ustaz yakin jawapan itu ada pada Zah sendiri. Keyakinan mereka sudah hilang pada Zah". Lagi bercucuran air mata anak ini apabila mendengarkan kata-kata saya mungkin dah diduga olehnya.
"Hari ini Ustaz nak ajar Zah satu ilmu. Zah pernah dengar perkataan redha?, dan Zah faham maksud dia".
" Pernah Ustaz tapi tak pasti maksudnya."
"Redha ialah, kita menerima ketentuan yang Allah telah tetapkan dengan hati yang tulus".
"Setelah sebulan saya duduk disini, saya cuba untuk redha. Tapi tak berjaya Ustaz."
"Bagaimana pula dengan mujahadah, Zah pernah dengar." Anak yang tunduk terpaku dihadapan saya itu terus menggelengkan kepala.
"Mujahadah bermaksud kita korbankan kehendak hati kita semata-mata memenuhi kehendak Allah."
"Zah pernah pergi waterfall?."
"Pernah!."
"Tentu Zah ada lihat air dan batu bukan?. Batu yang keras, tetap mengeras di tempatnya tidak berubah. Tapi air yang lembut yang melanggar batu akan mengambil tindakan berubah untuk memastikan ia terus mengalir. Dan sedikit demi sedikit air yang lembut ini akhirnya berjaya mengubah kedudukan batu yang keras itu. Zah faham maksud Ustaz?."
Lama saya biarkan anak itu diam untuk berfikir serta bermuhasabah akan ibarat saya itu. "Ustaz, peperiksaan terdekat bila ya?".
"Selepas cuti semester bulan tiga, kenapa?".
"Ustaz, melalui peperiksaan terdekat ini saya akan buktikan pada mama dan papa bahawa boleh berubah". Dengan wajah yakin anak ini meletakkan janji dihadapan saya.
"Tahniah Zah, Ustaz akan doakan Zah berjaya dunia dan akhirat. Jadikan apa yang telah berlaku ini sebagai satu cabaran". Saya akhiri dengan ransangan kata ini. Semoga anak ini diredhai Allah. Amin!
No comments:
Post a Comment