Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Thursday, February 18, 2010

Hanya tulang saja, KEDEKUT!




"Hush! hush! hush!." Spontan saja aku terus menghalau kucing-kucing yang sedang enak menikmati tulang-tulang ikan, sisa dari anak-anak yang siap makan petang; disekitar tong sampah dapur basah. Kemudian saya terus masuk dan meluru ke ruang makan, untuk makan malam.


Ikan bakar yang sama jenisnya seperti tulang-tulang ikan yang dimakan oleh kucing tadi terhidang di atas meja makan. Ditemani isteri tersayang aku menikmati makanan, didahului mencubit ikan bakar tersebut. Sebaik sahaja isinya aku letakkan ke dalam pinggan. Maka suap pertama ingin ku atur.


"Ya Allah! egonya aku. Aku enak makan isi ikan ini. Kucing-kucing tadi bukanlah inginkan isi-isi ikan yang enak ini. Kucing-kucing tu hanya inginkan tulangnya sahaja." Aku mula bermonolog di dalam hati sambil tangan silih berganti menyuap makanan.


"'Dia' tak lah sampai ketuk pintu rumah kau untuk minta makanan. Kalau ya pun, tulang!............ dah dibuang pun.استغفر الله العظيم". Rasa bersalah dan kekesalan ku semakin menebal selari dengan bilangan suap yang menyinggah ke mulut.


Sombong dan egonya aku dengan rezeki yang bukan lagi keperluan ku.
Ego dan sombongnya aku dengan binatang yang tak 'bermaya'
Ego dan sombongnya aku dengan perkara yang sememangnya bukan milik mutlak ku.



"Ya Allah ampuni dan tunjukilah hati hambamu yang masih penuh dengan kenistaan ini."

Lamunan ku membawa akan kisah sahabat Rasulullah s.a.w yang terlalu sayang kepada kucing sehinggakan kucing mengisi ruang-ruang sakunya. Menyedarkan aku juga akan syafaat yang Allah berikan keatas seorang bekas pelacur setelah dengan tulus ikhlas memberi minum kepada seekor anjing dengan hanya menggunakan sepatunya.

MasyaAllah, adakah hati kotor seperti ini yang ingin aku hadapkan dihadapan Allah kelak?.


"استغفر الله العظيم"
"استفر الله العظيم"
"استغفر الله العظيم"


Wallahualam!

No comments: