Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Friday, September 4, 2009

Raikanlah Fitrah Anak !



Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira, membaca Al-Quran (4M) seawal mungkin. Ibu bapa akan timbul cemburu sekiranya terdapat anak-anak rakan atau jiran yang lebih terdahulu pandai 4M diatas berbanding anak mereka. Lebih-lebih lagi apabila melihat media mendedahkan terdapat kanak-kanak yang sudah pintar sains, matematik seawal umur 4 tahun dan 6 tahun. Dan ada pula kanak-kanak yang seawal umur 12 atau 13 tahun sudah memulakan pengajian di Oxford University.

Pastinya sebagai ibu bapa kita akan rasa tercabar serta terdorong untuk meletakkan anak-anak kita seperti situasi di atas.

Perubahan zaman bukan sahaja mengubah tahap kemodenan teknologi malah mengubah tahap kecerdikan dan kematangan manusia.

Sekitar 1950 hingga 1980an, di Tanah Melayu ketika itu kanak-kanak lingkungan umur 4 hingga 6 tahun, masih tidak mempunyai pelajaran formal. Malahan masih bogel berkejaran keliling rumah mahupun mandi di sungai ataupun berkubang di bendang. Pada zaman ini kanak-kanak pada umur tersebut masih seronok bermain dengan alam. Apa yang ada dalam benak fikiran mereka adalah 'bermain'. Celik sahaja mata, belum sempat terang tanah mereka telah mulakan agenda permainan mereka sendiri. Sehinggalah meningkat umur 12 tahun. Mereka terus bermain. Dan permainan mereka adalah lebih berbentuk alami; layang-layang, gasing, godam, galah panjang, tarik upih pinang, laga sepat, laga labah-labah, mandi sungai, mengail pelbagai lagi.

Pergi sekolah bawa 'spider' atau guli atau gasing atau apa sahaja permainan mengikut musim. Atau setidak-tidaknya waktu rehat berkejar di kawasan lapang atau lorong; bermain galah panjang. Setibanya di rumah, berkejar pula untuk main layang-layang, main bola atau apa sahaja permainan yang berbentuk komuniti.

Waktu cuti pula gelap tanah, baru muncul muka di rumah. Ke pantai, menjala tangkap ikan atau melanggai tangkap udang atau cari siput dan kerang. Adakalanya bergelumang lumpur dengan kerbau di bendang.

Main, main, main, main, mainnnnnnnnnn.................................

Pada ketika ini tak pelik sekiranya masuk tahun 1 baru belajar nak membaca, menulis, mengira.
Tetapi kenytaannya, mereka yang dibesarkan pada zaman inilah yang mana sekarang sedang dan telah menerajui Malaysia. Yang mana bergelar VIP, VVIP, VVVIP, VVVVVVIP atau sekalian banyak V untuk IP mereka.

Teringat saya pada satu ayat iklan yang mengiklankan akhbar Berita Harian.
"Dunia dah maju, zaman dah berubah!."
Jadi, apa, kenapa dan mengapa?.
Adakah dengan perubahan zaman mengikut kemajuan teknologi; kita sebagai ibu bapa seenaknya boleh menafikan Fitrah kanak-kanak?.

Lebih mencabar jika kita sedang membesarkan anak-anak dalam situasi bandar. Fitrah bermain iaitu tujuan mencari hiburan yang sebelumnya bersifat alami bertukar kepada aplikasi teknologi. Dan pengaplikasian teknologi tersebut terdapat di Cyber Cafe serta pusat membeli belah. Ataupun dalam bentuk 'Play Station', 'electronic games' dan sebagainya yang boleh dimainkan di rumah.

Dalam pada masa yang sama ada juga kalangan ibu bapa yang menyempitkan ruang main anak-anak mereka. Seawal umur 3 atau 4 tahun sehinggalah 10 tahun, ruang bermain anak-anak ketika hari cuti disempitkan dengan kelas tuisyen, smart reader dan bermacam-macam kelas lagi. Semuanya dilakukan atas desakan bagi memastikan anak mereka 'bijak'.


Komentar:

1. Bermain atau main adalah cara anak-anak kita berhibur. Hiburan bukan sahaja fitrah yang perlu dipenuhi pada kanak-kanak malah pada diri ibu bapa itu sendiri (iaitu orang dewasa).


2. Maka raikanlah fitrah anak-anak untuk bermain, kerana dengan cara ini mereka memuaskan kehendak hiburan mereka.

3. Namun pada pendapat saya fitrah bermain untuk kanak-kanak adalah lebih berbentuk bermain yang melibatkan kordinasi semua tubuh serta ransangan akal. Ada pun permainan elektronik hanyalah melibatkan pergerakan sedikit sahaja jari. Dan kurang melibatkan akal kerana akhirnya tindakan dalam permainan elektronik bersifat tindakan yang sterotaip.


4. Anak-anak pada zaman kanak-kanak perlu dipuaskan dengan bermain seperti makusd di atas. Kerana dengan cara ini akan meransang minda anak untuk lebih kreatif dan berinovatif. Dan apa yang lebih penting mereka punyai benteng nilai diri.
Contoh permainan yang saya ambil disini, ialah galah panjang. Kanak-kanak dapat belajar

a) Strategi menyerang dan bertahan, berhadapan dengan pelbagai cara lawan mengikut pemainnya.
b) Mengajar erti sabar apabila kalah atau ejekan dari kawan secara tidak lansung membina ketahanan minda.
c) Semangat berkumpulan serta tidak mementingkan diri sendiri.


5. Berbanding dengan permainan elektronik yang mana anak hanya 'syok sendiri'. Hakikat sebenarnya segala pergerakan dan strategi telah diprogramkan oleh komputer.


6. Namun dalam pada itu bukanlah maksud saya bahawa anak perlu bermain secara total. Tetapi sebenarnya sebagai ibu bapa kita perlu beri ruang secukupnya pada mereka. Dan apa yang lebih penting ialah permainan yang tepat.


7. Kerana pada zaman kanak-kanak sahajalah mereka berpeluang untuk bermain. Maka sekiranya kita sebagai ibu bapa menyekat hak mereka ini. Bilakah masa dan waktu lagi mereka boleh bermain. Hasilnya anak-anak tertekan dan menonjolkan rasa 'pemberotakan hati' mereka apabila sudah mampu punyai 'taring' sendiri. Mungkin ketika remaja atau peralihan remaja menuju dewasa. Buktinya pengakuan ibu Sufiah Yusuf mengenai anaknya (sumber Berita Harian - maaf tidak dapat sediakan link) yang suatu ketika dulu menjadi kanak-kanak pertama memasuki Oxford University.





Wallahualam.


p/s: Saya perlukan komen dari pembaca.

1 comment:

AISYAH said...

setuju dgn apa yg diutarakan..

anak2 perlu mendapat pendidkan secara tak formal untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling..yg mana hanya boleh didapati dengan betul-betul meng"expose"kan mereka kepada persekitaran (smestinya dalam keadaan selamat dan mendpat pengawasan).

teruskan menulis. terima kasih atas perkongsian berguna ini.