Diteruskan lagi dengan mengimbas pula pergaulan antara suami isteri, sumber pendapatan, didikan terhadap anak-anak serta contoh dan tauladan.
Dua perkara (pergaulan suami isteri dan sumber pendapatan) ramai yang jelas bahawa ianya perlu mengikut proses yang telus dan ikhlas kearah meraih keredhaan Allah. Kerana pergaulan suami isteri adalah acara yang memenuhi kehendak fitrah manusia terutama menjurus usaha awal dalam penghasilan zuriat. Maka ianya perlu diselubungi dengan zikir dan munajat. Manakala pendapatan ialah sumber zahir yang digunakan untuk memberi makan pada zuriat dimana seterusnya membentuk darah dan daging.
Berikutnya didikan serta tauladan perlu mengikut garis panduan Islam tanpa celupan atau topengan. Celupan pada didikan, topengan pada tauladan.
Ketika anak masih kecil kita limpahkan dengan didikan mengaji Al-Quran, Feqah, Akhlak dan sebagainya. Hantar ke sekolah khas untuk itu yang dikenali sebagai Kafa. Malangnya apabila anak sampai ke rumah mereka dihidangkan dengan television (tv) yang 90% mengkhabarkan kemungkaran, kemunafikan, kebathilan berbanding kebaikkan.
Bukankah ini CELUPAN namanya. [celup kebaikkkan sebentar di Kafa kemudian celup kemungkaran dengan tv di rumah]
Apabila anak meningkat remaja hilang paksaan untuk mengaji Al-Quran. Apatah lagi jika sudah khatam. Mashaf hanya menjadi hiasan bukan pedoman. Tidak terfikir untuk medekatkan anak untuk mendalami terjemahan serta tafsir Al-Quran. ” Ini hanya untuk orang yang nak jadi ustaz atau hafiz sahaja” katanya.
Kalau beginilah CELUPAN ilmu Al-Quran yang dilakukan, sesungguhnya ianya adalah pengkhianatan dan penderhakan terhadap zuriat yang dilahirkan. Tidak hairanlah anak gagal menjadikan Al-Quran sebagai rujukan Cara Hidup; tetapi hanya sekadar dendangan sumbang (yang tunggang langgang makhraj dan tajwidnya) ketika mata ibubapanya nak tertutup.
Setiap perkataan, suruhan, arahan, halangan ibubapa pada anak boleh dikatakan semuanya menuju kepada objektif kebaikkan dan kesempurnaan. Tetapi adakah perkataan kebaikkan yang ibubapa keluarkan sama seperti ketika dengan rakan sepejabat atau taulan. Adakah suruhan, arahan dan halangan yang menjurus kepada kebaikkan itu menyetujui perbuatan serta tingkahlaku ibubapa seharian. Iaitu pendek kata ’cakap serupa bikin’.
Elakkanlah Tauladan hanya menjadi TOPENGAN, lakonan atau lebih tepat lagi sebagai pembohongan dihadapan anak-anak.
sekiranya begitulah keadaannya ibubapa maka terimalah bahawa ibubapa terlebih dahulu adalah pengasas terhadap PENDERHAKAAN.

bersambung.................
1 comment:
Assalam’kum
Amalan/budaya yg tak disebut dlm quran atau hadis bukanlah bermakna ianya tak islamik dan wajar dihapus.
Bukankah bercampur lelaki perempuan dalam majlis kawin tak ada bezanya percampuran mereka dipejabat2 (waktu kerja) , dewan kuliah, pasar atau shopping mall, kerana majlis itu sudah menjadi tempat terbuka/umum?
Kenapa dipejabat pekerja lelaki boleh bercakap dan bergaul dgn staf perempuan tapi dimajlis kawin tak boleh campur?
Didalam majlis perkahwinan banyak pahala besar dan ibadah hebat berlaku, spt memberi makan, tolong-menolong, berhias-hias, bertemu erat saudara jauh dan dekat bertemu sehinggalah selesai majlis. tidakkah kita sedar itu semua?
Haram bukan pada tempat/majlis, Sptmana diwaktu ibadah haji, percampuran juga berlaku, apakah ‘majlis’ itu tak diberkat Allah?
Ini hanyalah pendapat jahil saya.
Salam hormat.
Post a Comment