Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Saturday, May 30, 2009

Itu Daging


Bawah rusuk mu ada itu satu daging
Boleh disentuh, tak perlu kau bedah
Boleh dengan kata, boleh dengan lagu dan muzika
Boleh dgn apa saja

Dalam badan kita ada itu satu daging
Kalau diukur kecil
Tapi sebenarnya boleh jadi sebesar dunia

Boleh merasa pelbagai rasa
Boleh rasa pilu, boleh rasa gembira
Boleh rasa masam dan manis segalanya
Bergantunglah apa yang berlaku pada kita

Itu daging, nampak biasa tak bernyawa
Tapi dialah yang berkuasa mengawal fikiran dan tingkah
Untuk lafazkan atau tidak
Untuk lakukan atau tidak
Untuk melukakan atau tidak

Dialah itu daging
Hampir sepenuh masa bergantung kita padanya
Percaya apa yang dikatanya
Ikut telunjuknya, semuanya dia
Segalanya lah dia

Itu danging
Kalau dicalit hitam, hitamlah ia
Kalau disimbah putih, putih lah ia
Kau yang pilih

Itu daging sahabat
Namanya hati
Daging yang kecil, mampu menggoncang dunia
Mampu merubah manusia
Jadi hamba syaitan atau jadi hambaNYA

Kau semua PILIHLAH !



Friday, May 29, 2009

Apa ada pada 29 Mei?


Jumaat merupakan penghulu segala hari. Ramai antara kita melalui hari ini seperti biasa. Tetapi munkin juga yang melalui hari ini dengan keistimewaan. Samada meraikan ulang tahun tarikh lahir atau ulang tahun perkahwinan. Tapi yang pastinya tiada seorang pun yang menyambut ulang tahun tarikh lahir atau perkahwinan yang ke 556 tahun.
Sedarkah kita pada hari ini 29 Mei 2009 masihi, merupakan ulang tahun pembukaan Kota Konstantinapole yang ke 556 tahun. Teringat akan nasyid Adakah Kau Lupa dari Alarm Me. Sesungguhnya inilah bukti bahawa umat Islam mampu menakluki dunia walaupun selepas berlalunya Sirah Nabawi dan Pemerintahan Khalifah Sahabat 4.
Pembukaan Kota Konstantinapole menonjolkan tokoh yang hebat iaitu Muhammad Murad atau gelarannya Muhammad Al Fatih. Pastinya kehebatan beliau terhasil dari didikan dari guru yang juga hebat. Bapa beliau Sultan Murad telah menyerahkan Muhammad Murad untuk di didik oleh guru-guru pilihannya sejak umur 9 tahun lagi.

Peranan Murabbi:
Antara guru Muhammad Murad yang utama ialah Ahma ’ibn Ismail Al-Kori. Ia seorang yang wara’. Tidak menyembah makhluk hatta kepada Sultan sendiri. Ini terbukti dimana beliau tidak pernah menunduk hormat serta memanggil nama Sultan dan kerabatnya dengan nama mereka sahaja. Jauh lagi mencium tangan ketika bersalaman. Ahmad ibn Ismail berperanan mengajar ilmu Al Quran, hukum agama dan kepatuhan, serta membentuk rasa takwa dalam diri Muhammad Murad.
Sementara Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy atau lebih dikenali sebagai Ba’q Shamsuddin. Mendidik keperibadian serta menginpirasikan Muhammad Murad mengenai aktiviti dakwah di bawah Empayar Uhtmaniyyah sebagai cara memperkukuhkan empayar. Dalam pada itu Ba’q Shamsuddin sentiasa menanam keyakinan bahawa Muhammad Murad lah raja terpilih yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdabnya yang mengungkapkan bahawa nanti Kota Konstantinapole akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik.
Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Apa yang lebih penting beliau telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab bertujuan untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil.
Beliau juga yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin bertanggungjawab meletakkan insipirasi dalam dada Muhammad, mengarahkan Muhammad akan tujuan dan misi pemerintahan yang jelas dan bersama Sultan Muhammad Al Fateh sehingga cita-cita itu tercapai.
Atas dasar itulah Shamsuddin dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Murabbi yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fateh.
Secara kesimpulannya, guru-guru Sultan Muhammad bukan sahaja mebimbingnya untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Tetapi juga kearah;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup dan Kemahuan yang jelas dan kuat
c. Ketahanan ruhani yang mantap (sabar)
d. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad terbukti apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Murabbinya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Kesan Pendidikan:
Kota Konstantinapole berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453,
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pimpinan melalui Tauladan:
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Wednesday, May 27, 2009

ISLAM - Fitrah & Perubahan (1)



Menemui sahabat semua!

Dengan berbekal pengalaman dalam pentarbiyahan selama 33 tahun. Iaitu sejak penubuhan Markaz Dakwah Tarbiyah Islamiyah Al Ansar yang kini dikenali Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA). Kemudian tertubuh Yayasan Al Ansar (YA). Pihak YA menghasil modul ISLAM Fitrah & Perubahan
Pengalaman 31 tahun Allahyarham Al Fadhil Ustaz Zakaria Al Ansari dalam mentarbiyah jiwa pelbagai lapisan umur masyarakat kearah kesyumulan Islam diadaptasikan dalam modul ini.
Beberapa siri melalui 'post' blog ini akan membincang serta menerangkan mengenai modul.


bersambung..................

Tuesday, May 26, 2009

Nilai Dunia

dia bersolek atas nampak cantik, jalan terkedek macamlah itik
berbongkok tiga, bertongkat pula, sudahlah tua, masih nak bergaya

ibarat tandas, ada tempat melepas, orang hempas pulas, tak nak lepas-lepas
tapi kata andai, tanda tiada nilai, kata bijak pandai, tandas sangat bernilai

itulah umpama dunia ini, itulah umpama sabdanya nabi
apa diusahakan di dunia ini, semuanya binasa sampai waktu nanti

ingatlah kita akan kiamat, beringat kita untuk ke akhirat
jangan dikendong cicir, yang di kejar tak dapat, dunia kan digulung di lipat-lipat

Sunday, May 17, 2009

Mana Harganya?

Mamat: "eheh.....ehehhhhhh..mahalnya bang"
Penjual: "ish tak da lah......RM50 aja......ni untuk orang dapat Datuk aja....abang lekatkan di plat kereta....fuhhh, walau perdana '3rd hand' pun awek pandang bang"
Mamat: "Cam tu ke bang....RM 100 pun saya beli"

ishish....ishish.....dunia - dunia; pangkat, jawatan, kedudukan jadi rebutan. Tak boleh cara rasmi...beli pun belilah. Bagi yang mampu beli cara 'standard'. Tapi hok serupa dengan Mamat, pasar malam pun ok!. Lekat di kereta, tempek pula 'tinted' gelap. Tak sapa tahu apa kedudukan, jawatan, pangkat serta martabatnya. Kalu macam si Mamat.....jawapnya tersenyum, tersengeh, tersingai akibat syok sendiri leeeee!.

Bagaimanapun...walau pangkat, jawatan, kedudukan itu ukuran dunia. Tapi biarlah diberi tepat pada orangnya. Setidak-tidaknya pangkat yang diterima sesuai dengan perjuangan, pengorbanan atau khidmatnya. Dan apa yang lebih penting orang yang menerima tadi tak seka bahawa dia sememangnya layak menerima.
Dannnnnnn....institusi yang nak memberi pun janganlah terlalu murah hati.

Kita merasa bangga dengan sebuah universiti di Amerika yang memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack Obama kerana dia belum cukup berjasa dan terbukti prestasinya.
Di Malaysia, universiti berlumba-lumba memberi ijazah kehormat kepada menteri, bekas menteri dan isteri menteri.
Tidak kisahlah walaupun isteri menteri atau isteri bekas menteri itu tidak jelas atau belum terbukti jasa, kepakaran dan kecemerlangannya. Yang penting dia isteri menteri.
Maaf cakaplah, tapi nak cakap juga. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi "a dime a dozen" atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang.
Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan "derma" dan "sedekah".
Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri.
Khabarnya, di sebuah organisasi media arus perdana, pengurusan baru telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan yang ditawarkan anugerah diraja melaporkan terlebih dahulu kepada pengurusan.
Saya terbaca sebuah berita dari bandar Tempe di Negeri Arizona, Amerika Syarikat di mana Arizona State University tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Obama kerana pencapaiannya setakat ini belum melayakkannya menerima anugerah itu.
Dengan berseloroh, Obama berkata bukan pihak universiti itu sahaja yang berpendapat beliau perlu menunjukkan lebih banyak kejayaan malah isterinya sendiri, Michelle, juga berpendapat demikian.
Obama berkata begitu ketika menjadi tetamu kehormat di majlis konvokesyen universiti berkenaan. Adalah tradisi universiti di Amerika menganugerahkan ijazah kehormat kepada tetamu khas majlis konvokesyen.
Sebaliknya pihak universiti itu menamakan salah satu skim biasiswanya mengikut nama Obama.
Dengan berseloroh, Obama berkata: "Saya datang ke sini bukanlah untuk mempertikai cakap-cakap bahawa pencapaian saya belum memadai. Buat permulaan, Michelle setuju dengan penilaian ini. Dia mempunyai senarai panjang mengenai apa yang belum saya laksanakan, yang menanti saya di rumah."
Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini walaupun sang suami baru sehari menjadi menteri atau menjawat jawatan tinggi dengan 3 kilometer berjalan kaki atau minum teh di Pudu setiap pagi.
Kita suka orang luar kata kita sederhana atau "modest". Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.
Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka. Akibatnya mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tetapi mereka tidak berkelakuan seperti orang ternama.
Maka berlakulah situasi di mana budak "kanyir" dan jutawan segera yang entah apa sumbangannya kepada masyarakat dan negara diberikan pelbagai gelaran dan anugerah, termasuk gelaran diraja.
Tidak hairan jugalah kalau begitu ramai penyandang anugerah diraja yang terbabit atau dikaitkan dengan akhlak buruk, skandal dan jenayah.
Ada negeri dan wilayah tertentu di bumi Malaysia ini yang menjadikan penawaran anugerah sebagai cara mencari pengaruh politik dan sumbangan kewangan.
Harap-harap institusi pengajian tinggi kita mengambil iktibar daripada tindakan Arizona State University dengan tidak sewenang-wenang memberi ijazah kehormat kepada sebarang Mamat, Ali, Ah Kau dan Muthu.

Tuesday, May 12, 2009

Wahai Murabbi !

Maahad Tarbiyah Islamiyyah Al Ansar sudah hampir mencecah 33 tahun. Alhamdulillah program pentarbiyahan terus berjalan lancar. Anak-anak didik masih seperti dulu, terus menghargai pengorbanan Murabbi mereka. Pada Jumaat lepas (8/5/2009) mereka telah mengadakan Sambutan Meraikan Murabbi. Walaupun sederhana tetapi hampir semuanya mereka atur dan rencanakan sendiri tanpa bantuan mualim/ah. Itulah kesungguhan yang mereka zahirkan.

Seawal 8am majlis diatur. Antaranya sukaneka dan 'treaser hunt'. Yang mana cukup 'melelahkan' barisan mualim/ah. Kemudian malamnya disambung dengan beberapa lagi acara persembahan nasyid dari guru dan murid, syair, pantun seloka, lakonan pendek serta penyampaian hadiah dari pelajar. Pelbagai ragam dapat disaksikan dari acara dan aktiviti yang dijalankan. Antara yang menarik perhatian ialah persembahan lakonan pendek dari mualimah bujang. Ada lima babak, menceritakan kerenah dan keletah anak didik; mengurat, mengumpat, meniru, ber'tenet' (dating) dan mengintai. Pasti meriuhkan keadaan. Pelajar yang beranggapan bahawa kerja mungkar mereka tak diketahui, terbongkar kesemuanya pada malam tersebut. Tetapi dalam suasana yang hikmah. Tak ketinggalan juga guru-guru veteran menyampaikan nasihat serta saranan secara syair dan pantun seloka.
Dalam keriuhan persembahan-persembahan, mualim/ah dikejutkan dengan penyampai-penyampai hadiah yang datang dalam pelbagai penampilan. Antaranya seperti kaum Maori, 'post woman', tarzan, permainsuri, badut dan sebagainya...............................................................



Wahai Murabbi !

Di bahu kita diletakkan tanggungjawab mentarbiyah anak bangsa. Menyampaikan ilmu, mendidik jiwa dan memurnikan akhlak. Mereka apa yang kita hidangkan. Kita perlu mengetahui kehendak semasa anak didik, dan disesuaikan dengan kehendak syariat. Mereka bukan seperti kita dahulu. Bak kata iklan TV "Dunia dah maju, zaman dah berubah". Kita perlu berubah. Usia bukan penghalang, yang utama persiapkan minda. Buka dan kembangluaskan ia. Melalui bacaan dan pemerhatian. Jangan dijumudkan dengan lagu lama kita dahulu. Hindarkan hipokrit, kita juga pernah duduk seperti zaman mereka dahulu.

Wahai Murabbi !

Anak didik ini acuan kita. Acukan mereka acuan kemantapan Akidah serta bintang ketinggian akhlak. Leburkan mereka dalam acuan keluasan ilmu. Ilmu yang memberi kekuatan jiwa dan usaha. Agar mereka rasa ALLAH sentiasa bersama di mana mereka berada dan perbuat.

Wahai Murabbi !

Suburkan keikhlasan kita dengan Allah. Istiqamah dalam ibadah walaupun kita anggap ianya sebesar zarah. Agar ALLAH mudahkan serta memberi keberkatan atas usaha kita yang sedikit. Dan anak didik kita tak persoal apa yang kita buat. Sebab sumber pergantungan dan kekuatan kita dari ALLAH tuhan alam sejagat.

Monday, May 11, 2009

Sehari bersama.......Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis


Sekitar jam 9am perkarangan PWTC semakin sesak dengan kenderaan awam termasuk bas-bas IPTA dan IPTS seluruh semenanjung. Setibanya di Dewan Merdeka, tempat duduk hampir 80% penuh. Itulah suasana awal yang menggambarkan sambutan terhadap konvensyen ini.

Di dalam dewan konvensyen telah pun bermula. Beraksi gagah 3 pembentang. Berikut dituliskan ringkasan (dituliskan hanya maklumat yang dianggap penting untuk diketengahkan)dari pembentangan.:

Dr Roslan Mohd Nor : Lulusan bidang kajian Jerusalem-Islam.

Dr Azzam Tamimi : Aktivis politik & ahli akademik Palestin. Direktor Institut Pemikiran Politik Islam (IIIT) London.

Dr Mohsen Soleh : Pengarah Al-Zaytouna Centre For Studies And Consultations di Beirut, Lebanon



1. Yahudi merupakan bangsa yang ditindas di Eropah. Bagi melepaskan beban negara-negara Eropah, maka tindakan untuk menempatkan mereka diambil. Beberapa negara dicadangkan; antaranya Uganda. Namun melalui Deklarasi Balfour, 2 November 1917; apabila British 'menghadiahkan' tanah Palestin terhadap Yahudi. Namun idea Zionis ini pada awalnya ditolak oleh bangsa yahudi sendiri. Tapi sebaliknya mereka dianggap 'murtad'.

2. Awal pagi 9 April 1948, komando Irgun & Stern Gang menyerang Deir Yassin, sebuah kampung yang didiami seramai 750 penduduk Palestin. Seramai 100 orang telah dibunuh termasuk golongan wanita dan kanak-kanak. Perkampungan ini telah diisytiharkan sebagai tanah Israel oleh PBB. Seterusnya 78% tanah Palestin dirampas, 531 perkampungan dimusnahkan.

3. Apa ada pada Palestin?
Palestin merupakan bumi yang dimuliakan (Surah Al Anbia). Bumi yang penuh dengan keberkatan; dimana Sayyidina Umar mewakafkan bumi Palestin untuk umat Islam. Dengan kemasukan tentera salib di Al Aqsa, 70 ribu umat Islam dibunuh.
Berikutan ini menyaksikan tanah Palestin menjadi medan JIHAD bagi umat Islam. Beberapa siri JIHAD yang berlaku, diantaranya dari Sallehuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh.
Sejarah membuktikan, sucinya Al Aqsa adalah sebagai MEDAN JIHAD bagi seluruh umat ISLAM. Maka wujud Intifadah I (1987 - 1993) dan Intifadah II (2000- ?).

4. Imam Mahdi
Kita perlu bekerja, bukan zaman retorik. Peristiwa tentera Thalut dan Jalut, membuktikan sedikit mampu menewaskan yang ramai.
Kehadiran Imam Mahdi bukan suatu yang perlu ditunggu. Sekiranya kita menunggu kita akan terus menyaksikan pembunuhan dan pencabulan hak Umat Islam di Palestin khususnya. Adakah kita sanggup melihat perkara ini tanpa terdetik dalam hati kita untuk berJIHAD. Maka akan matilah seruan JIHAD dalam hati setiap umat Islam. Apa yang perlu kita lakukan; setiap dari kita adalah Imam Mahdi (bukan jasad tapi idea wujudnya Imam Mahdi). Bertindak-JIHAD !!!!!

5. Lekehkan saja Zionis!
Tak perlu besarkan apa yang ada pada zionis. Ini kerana kekuatan mereka adalah disebabkan kelemahan kita, Umat Islam. JIHAD dan sokongan kita perlulah berterusan, bukanya bermusim. Hal ini mampu melemah seterusnya melenyapkan zionis israel. Terkini, 50% belia israel lebih berminat kepada hiburan yang mana secara langsung mematikan semangat juang mereka. Manakala 700 ribu rakyat israel tinggal di luar israel.
Dipetik dari kata-kata Ben Gurian "Aku jamin bahawa israel boleh bertahan dalam masa 15 tahun dari sekarang tetapi tidak untuk 50 tahun lagi".


Mantapkan JIHAD - Lekehkan zionis !

Tuesday, May 5, 2009

Hati-HATI !


Hanya isteri sahaja benar-benar kenal suami. Apa yang orang lain nampak suaminya diluar tak Justify Fullsama sepertimana ia nampak di rumah. Suami diluar baik lagi sufi. Berani lagi gagah. Berkepimpinan lagi berkeyakinan. Tapi sampai di rumah; sifat sebenar.....hanya isteri yang lebih tahu. Ini kerana si isteri sama ’bergelumang’, ’berendam’, ’menyelam’ dalam perjalanan serta perkongsian hidup bersama.

Oleh yang demikian kita yang bukan isteri berhati-hati dalam membuat nilaian terhadap suami mereka ini. Terutama nilaian ini kita ingin hebahkan. Adalah lebih baik kita, risik-risikkan khabar dari isteri mereka.

Oleh itu, berhati-hati juga bagi mereka yang bersependapat dengan Feisal Tehrani (FT) melalui post ’Mat Sabu jangan tarik diri’ dalam blog beliau. FT bukan ’isteri’ dalam parti itu. Samada ’isteri’ pertama, kedua atau ke seterusnya. FT tak layak sama sekali memberi komen sebegitu.

Sekiranya ’isteri-isteri’ di peringkat cawangan mahupun kawasan-kawasan tertentu ditanya, pasti mereka menolak dua nama yang FT sebut iaitu Mat Sabu dan Hassan Ali. Ganas, rakus, bersemangat, berani dan kuat bagi ’isteri-isteri’ ini tidak cukup. Kerana ini belum cukup menjaminkan kebahagian serta mencerminkan keikhlasan dan kebijaksanaan. Pasti ianya perlu ilmu. Ilmu yang ditadah dari Murabbi serta mendapat pengiktirafan. Kerana dengan ilmu pastinya keganasan, kerakusan, semangat, keberanian dan kekuatan tadi ada seninya.
Bukan setakat ilmu dari pembacaan, pemerhatian dan penilaian.

Oleh itu orang yang berilmu dipanggil ulama’.

Namun ulama’ juga terbahagi dalam pelbagai peringkat. Ada ulama’ yang hanya seronok dengan ilmu dan kitab-kitabnya sahaja. Ada pula yang ilmu sedikit tapi cakap banyak hingga menyalahi fakta ilmu.
Sebaiknya ulama’ yang ada fikrah Harakah (gerakan) Islamiyyah. Ilmu yang ada disebarkan atas tujuan mendidik diri dan umat. Serta menggerakkan umat untuk taat pada Ilahi. Seterusnya berjuang menegakkan Haq membenteras Bathil; dengan nyawa sebagai gadai gantinya (contoh: Allahyarham Ust Fadhil Noor). Maka, ’isteri-isteri’ di bawah oraganisasi ’isteri-isteri solehah’ perlukan ’suami’ yang tetap ulama terutama ulama begini. Tidak pada ’suami’ yang hanya ganas, rakus, bersemangat, berani dan kuat.

Wallahualam.

* Rasulullah ada sebut bahawa ulama pewaris para nabi....tapi tak pula disebut Sazli Ansari atau Faisal Tehrani........... (HATI-HATI dalam menyelar ulama’)

Monday, May 4, 2009

Mencari ALASAN atau PENYELESAIAN ?


Setiap insan pasti mempunyai tanggungajawab dan amanah masing-masing. Samada amanah pada diri, keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan sebagainya. Pastinya dalam menjalankan amanah, akan menghadapi pelbagai mehnah dan cabaran. Namun ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk amanah terhenti dan tidak dilaksanakan dengan sempurna.

1. Bagi ibu/bapa pastinya amanah mendidik serta mentarbiyah anak-anak adalah tangunggajawab yang besar serta yang utama. Dalam hal ini Allah s.w.t menyediakan Surah Luqman sebagai rujukan. Luqman yang bukan dari golongan bangsawan tidak menjadikan alasan untuk gagal mengasuh serta mentarbiyah anak-anaknya. Tumpuan penyelesaian adalah pada Aqidah dan Akhlak.

2. Sebagai pemimpin masyarakat dan negara sudah pasti tidak ada alasan untuk gagal dalam tugasan. Model sudah cukup samada melalui Al-Quran, Hadith serta sejarah. Penyelesaian dari contoh Rasulullah s.a.w hampir meliputi seluruh helaian Al-Quran dan Hadith. Diikuti sejarah pemeritahan Saiyyidina Abu Bakar, SaiyyidinaUmar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan seterusnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Keutamaan penyelesaian adalah tertumpu pada Aqidah kaum muslimin. Kemudian barulah pada kesejateraan hidup rakyat. Mereka bukan hanya berjalan kaki 3 kilometer malah lebih dari itu. Bukan hanya sekali dalam tempoh 51 tahun. Tetapi hampir setiap hari berjalan setiap pelusuk negara pada tengah malam, meneliti cabaran hidup rakyat. Memikul sendiri atas bahu mereka makanan untuk rakyat, bahkan dimasak dan dihidangkan pula.

3. Sebegai penggerak dan ahli organisasi terutama Organisasi Harakah Islamiyyah (OHI). Perlu diingat OHI tidak pernah memerlukan saudara. Tetapi saudara yang memerlukan OHI. Oleh yang demikian apa sahaja perkara yang berlaku tidak perlu dilihat sebagai masalah. Tetapi lihatlah sebagai 'KESERONOKAN'. Keseronokan mencari penyelesain. Maka fokus anda berubah. Maka akal tidak lagi memikirkan alasan.
Adalah suatu perkara yang lumrah dalam organisasi terutama OHI. Cabaran memastikan ahli mempunyai ukhwah yang mantap serta tidak berkurangan. Sudah pasti penyelesaian adalah dengan cara kerap berkumpul dan bertemu. Samada pertemuan spontan atau berkala (tetap). Tetapi ia tetap menjadi cabaran; bukan semua ahli komit untuk turut serta walaupun tarikh dan masa yang dicadangkan cukup sesuai.
Yakinlah, sekiranya sesuatu perkara kita lihat dengan keseronokan pasti ia selesai dengan seronoknya. Akal fikiran kita juga 'seronok' berfikir mencari penyelesaian. Mustahilkah bagi satu organisasi mengadakan perjumpaan jam 4 atau 5 pagi. Pada zaman teknologi kini kita hanya perlu taip dan pesanan sampai di telifon bimbit mereka. Bagi yang 'liat', ketuk pintu mereka; gunakan kenderaan yang ada untuk 'heret' mereka. Pasti mereka yang kena 'heret' akan tersenyum bila terkenang sendiri suatu masa nanti.


EGO membunuh PENYELESAIAN:

Awas! ego menyebabkan fikiran kita terbatas. Terbatas dalam likungan alasan. Kita akan sentiasa mencari sebab diluar 'circle of control'. Ayah/ibu mencari kesalahan anak. Pemimpin mencari kesalahan anak buah atau rakyat. Ahli mencari kesalahan ketua. Akibatnya jalan PENYELESAIAN buntu tak jumpa-jumpa.
Penyelesaian datang dari diri sendiri (for things to change I must CHANGE FIRST). Diri kita adalah 'cirle of control' kita. Automatik diri akan tanya "apa yang saya boleh lakukan" bukan "apa yang mereka-orang lain perlu lakukan".

Wassalam.....jupa di lain 'post'

Note: Petikan dari Modul 'ISLAM - Fitrah & Perubahan' yang dijalankan oleh Sazli Ansari (Pengerusi Yayasan Al-Ansar)

Saturday, May 2, 2009

Fahami denyut nadi Al-Quran & As-Sunnah


Hari ini hampir sebulan lebih Sazli Ansari (SA) aktif sebagai blogger. Pelbagai pandangan yang diterima dari sahabat, jiran, rakan dan follower.
Peluang singkat ini SA ingin menegaskan bahawa tujuan SA menulis adalah:

1. Memberi pandangan serta teguran dalam memastikan Sistem Nilai kita di Malaysia berada pada indeks yang memuaskan. Sekurang-kurangnya 65% mengikut tahap Indeks Nilai Al-Quran & Sunnah (INAS). (Insyallah dalam post lain akan diterangkan lebih lanjut indeks ini)

2. Mendorong generasi muda kearah sistem nilai yang lebih holistik dengan menggalakkan pemerintah, penguasa, ibubapa, guru dan masyarakat berfikir serta berubah melalui lontaran pendapat yang agak 'panas'. Hal ini kerana sistem nilai yang ada pada generasi pentadbir sekarang adalah sistem nilai yang kita telah 'anut' dari generasi dan pemerintah terdahulu. Mengapa tidak kita ubah serta naik pada satu tahap sistem nilai yang lebih holistik mengikut kehendak Allah. Selaras dengan perubahan yang ingin dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak Justify Fullmelalui konsep '1 Malaysia' dan 'Pentadbiran fahami denyut nadi rakyat'.


bersambung............................

p/s: Sebaiknya pemerintah memberi keistimewaan kepada rakyat untuk memberi pendapat dan teguran; bagi menyatakan denyut nadi mereka yang sebenarnya. Insyallah dengan keterbukaan ini Allah akan lebih memberkati pemerintah.

Friday, May 1, 2009

Pekerja Selamanya


Pada siapa, untuk apa, kerana sesiapa kerja buat kita. Adakah kerja buat kita atas dunia ini untuk diri kita atau untuk (kerana) Allah. Melalui solat yang merupakan foundation agama, kita di ajar membulatkan niat ’Sahaja aku solat fardhu ........... kerana Allah’ kemudian dikuatkan lagi dengan doa iftitah yang menyebut ’Solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku untuk Allah, tuhan sekelian alam’. Hak yang demikian solat diwajibkan 5 waktu dalam masa sehari. Memastikan agar manusia tidak lupa akan segala kerja buatnya adalah untuk Allah, tuan manusia.

Makan, kita ingat Allah; minum begitu juga. Tidur, kita ingat Allah; begitu juga dengan jaga, masuk dan keluar tandas, keluar rumah, naik dan turun kenderaan. Pekanya kita sehingga sekiranya anak kita tak baca Bismillah, kita sanggup ’haramkan’ anak kita makan.
Tetapi kemanakah ciri-ciri ’sufi’ ini bila kita sampai ke office, mata mula menjeling pakaian rakan sekerja wanita yang mengenakan kebaya ketat, kain belah; sambil mulut mengusik lucah. Bila sampai di sanggar kerja, hati mula berdebar ingin keluar, lapar katanya. Maka keluarlah ke cafe atau restoran, bersembang hibur debar lara. debar apa?....debar malas kerja namanya.
Setibanya ke pejabat semula, mula cari mangsa untuk past kerja. Yang junior pasti kena. Alasan, agar pandai buat kerja. So....meka hanya mampu masam muka. Gitu juga dengan harta pejabat, pakai ikut suka.

Namun tak disangkal, ramai yang lillahitaala....kerja hebat. Semua nya menepati prosedur. Sampai office ketika pak guard masih menghembus dengkur lapang menganga. Balik pula, sampai terpaksa meraba sebab mata mengantuk tak terkata, gelap pun dah menyelubungi dunia. Bagi mereka Hari Pekerja untuk Bekerja.

Seterusnya........walau siapa kita, di mana kita bekerja, setinggi mana jawatan kita, semantap mana gaji kita, sebesar mana kereta dan isteri kita. Kita tetap pekerja selamanya. ......Pekerja ALLAH

Selamat Hari Pekerja
Maaf Zahir & Batin
0 - 0