Sebarang Pertanyaan samada Pendaftaran Pelajar Mahupun Sumbangan sila hubungi [0197772831]
Syabab ul Ansar
Sedia menerima jemputan......hubungi 0193365085 atau 0126912619
Aktiviti - Pengembaraan Hidup
1. Pemantauan kepada anak-anak pelajar yang akan menduduki SPM
2. Pemantauan terhadap peperiksaan akhir tahun
Fitrah Quotient
ISLAM - Fitrah & Perubahan : Setiap insan dilahirkan dalam keadaan bersih – diibaratkan seperti kain putih. Bererti Kecermerlangan, Kejayaan, Kebaikkan, Kedamaian, Kemenangan, Kebahagiaan, Ketanggungjawaban, Kepimpinan, Keluhuran, Ketenangan dan Kepositifan adalah milik Fitrah Diri Insan.
Anak jati Melaka. Mendapat pendidkan awal di Sek. Keb. Pernu, kemudian pendidikan menengah di Sek. Men. Seri Mahkota, Umbai - Merlimau. Matrikulasi UPM pada 1996. Menetap di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Mengambil jurusan Kejuruteraan Komputer & Komunikasi. Melibatkan diri dalam Persatuan Mahasiswa Islam. Di sinilah jati dirinya serta kebolehan kepimpinan terus digilap.
Sekarang memegang amanah sebagai Pengerusi Yayasan Al Ansar merangkap Pengetua Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar.
Lapangan yang diminati ialah bidang Pendidikan, Pentarbiyahan dan Latihan. Mardhatillah ialah matlamat hidup
Tanggal 30 Syawal 1419H aku di jodohkan dengan Isteri tersayang Norizan Bt Jaffar. Hasil kasih yang bersemai ini kami di kurniakan 6 orang anak. Jodoh kami hanya bertahan 10 tahun apabila Allah lebih menyayangi beliau seterusnya menamatkan jodoh kami pada 2 Dzulkaedah 1429. Sebelum menemui ajalnya; isteriku koma selama 12 hari sebaik sahaja selepas 2 jam bersalin. Selama 12 hari itulah aku terus berdoa serta meletakkan keyakinan pada Ilahi bahawa isteriku akan kembali pulih. Hinggalah tepat pada jam 8.49 malam 2 Dzulkaedah 1429 paparan menunjukkan 'straight line' barulah aku pasrah dengan ketentuan Allah. .........................Dengan KekayaanNya serta KebesaranNya...Allah menemukan jodoh aku dengan rakan kepada isteri pertamaku...Aida Rosniza Bt Safiee. Walaupun baru kenal selepas berkahwin. Tetapi sifat-sifat murni yang ada pada dirinya membuatkan aku serta anak-anak merasakan kehadirannya adalah ibarat syifa' (ubat) untuk kami semua. Untuknya INSYA'ALLAH aku berjanji pada diri ini untuk MENGASIHI serta MENYAYANGINYA SEPENUH HATI
Zurriati
Alhamdulillah...aku dikurniakan 6 orang anak, iaitu yang sulong (tengah) bernama Nur Nasihah, Nur Nadhirah (2 dari kiri), Muhammad Mustaqim (meninggal ketika usia 31 hari), Muhammad Muzakkir (2 dari kanan), Nur Nasriyah (hujung kiri) serta Muhammad Miqdam (gambar bayi)............... Kepada anak-anak ku Insya'Allah Abi akan berusaha serta berjuang untuk kebahagian dunia & akhirat untuk antum
Emak & Abah
Inilah kedua ibu dan ayah ku yang membesar serta memberi didikan kepadaku. Ibuku berkerja keras berniaga kuih-muih di pasar malam serta pasar tani di sekitar kampung. Ibuku sanggup menyekang mata dan menghempas tulang empat kerat semata-mata ingin membantu menyara anak-anak dan keluarga. Ayahku pula tidak mengenal penat dalam mencari nafkah. Sebaik sahaja balik kerja dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (sebagai pemandu); terus pergi berniaga jambu atau ke pantai untuk menjala ikan atau melanggai udang. Kekadang ia berada di laut hingga ke tengah malam. Kepada mereka aku mohon agar dihalalkan air susu serta makan minium ku. Ku doakan agar emak abah mendapat KEBERKATAN dunia dan akhirat
Mentua ku
Terima kasih kepada mek kerana menghadiahkan kepada ku seorang isteri yang solehah sehingga akhir hayatnya; begitu juga dengan nasihat dan sokongan mek selama saya bergelar menantu sehinggalah sekarang. .......Buat mama...penghargaan dan terima kasih dari ku kerana menghadiahkan kepada ku seorang isteri yang berhati suci;....menjadi syifa' kepada ku dan anak-anak tatkala kami berada dalam keadaan yang sangat sedih dan tertekan. Buat kedua-dua mentuaku...terimalah peluk cium dari menantu mu. Aku doakan agar dirimu sentiasa di BerkatiNYA
1 comment:
lawatan yg ke sekian kalinya..
Post a Comment