Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Monday, February 15, 2010

Pemimpin Remaja; Pemimpin dan memimpin

Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya akan kepimpinannya."




Qiyadah Camp 1431H membuka tirai. Pilot group, seramai 20 orang pelajar terpilih sebagai peserta. Program yang dibentuk untuk 26jam diadakan di sebuah banglo kayu mewah berlatarbelakangkan kampong yang terletak disekitar Sungai Buloh.


5pm: Peserta sampai ditapak training. Mereka diberi taklimat program. Arahan mudah diberi. Mereka hanya perlu menepati waktu solat dan waktu yang diumumkan SAHAJA. Kemudian pembahagian kumpulan dibuat (sebanyak 4 kumpulan) dan diberi bilik penginapan untuk peserta muslimin dan muslimat.



5.30pm: Aktiviti bebas


6pm: Modul 1: SUDOKU


7.30pm: Solat Maghrib / Tayangan Movie 'Children of Heaven'


9pm: Solat Isya'


9.30pm: Modul 2: Si buta & malam; Setiap ahli kumpulan dikehendaki menutup mata kecuali ketua sahaja. Ketua akan membawa ahlinya berjalan dalam gelap serta laluan yang agak mencabar. Apa yang penting mereka perlu memenuhi masa yang ditetapkan untuk sampai semula ke garisan permulaan.



Percubaan kali pertama dan kedua. Semua kumpulan tidak dapat memenuhi masa yang ditetapkan. Tetapi setelah kali ke-3 setiap kumpulan dapat memenuhinya.

Sebelum berpindah ke Modul Sampingan saya mendampingi peserta untuk binding modul.

"Macam mana, penat ke?. Dalam kepenatan dan kegembiraan sepanjang aktiviti tadi, apa yang kamu dapat pelajari."



Mendengar soalan saya, beberapa orang peserta yang masih tercungap-cungap serta ada yang masih tak selesa akibat basah setelah jatuh kedalam kolam ketika games tadi. Bangkit memberi pandangan.



"Susah nak berjalan dalam keadaan 'buta' terutama tempat gelap ustaz."



"Walaupun saya sebagai ketua celik (tak ditutup mata) tapi sangat mencabar ustaz untuk bawa anak buah yang 'buta'. Rasa nak marah pun ada ustaz. Mana tidaknya saya suruh jalan dan dah beritau selamat. Tapi mereka masa teragak-agak nak jalan. Macam tak percaya kat saya."


Kemudian bangun seorang peserta muslimat yang telah merasa kedua-dua situasi (jadi ketua yang tak ditup mata dan jadi ahli yang ditutup mata)



"Masa saya jadi ketua, saya rasa marah dekat ahli saya ustaz. Saya dah yakinkan mereka bahawa jalan yang saya bawa selamat dimana mereka boleh berlari sahaja. Tetapi mereka tetap ingkar. Puas saya tarik mereka. Tapi mereka tetap teragak-agak. Saya hamper nak terus saja tarik tanpa pedulikan apa yang akan terjadi pada mereka." Luah anak itu bersungguh.

"Tapi ustaz bila saya jadi ahli (ditutup mata) baru lah saya rasa bahawa saya sangat memerlukan panduan dari ketua saya dengan baik. Kerana dunia saya kelam. Ketika itu tanpa pedoman dari ketua saya tak boleh bergerak dan mungkin kaku."


"Sesekali saya rasa kecewa ustaz, kerana saya mersakan ketua hanya pandai menarik dan menyuruh lari tanpa memepertimbangkan keadaan saya yang gelita."

Setelah selesai mendengar pendapat-pendapat peserta, saya bangkit untuk binding.


"Begitulah kita sebagai pemimpin, didalam mengejar sesuatu matlamat. Kita hanya syok sendiri tanpa mempertimbangkan samada ahli kita mampu ikut atau tidak. Dan lebih teruk lagi kita terus melulu kedepan untuk melaksanakannya tanpa kita menyediakan panduan, membimbing dan memberi pedoman kepada mereka. Kita tidak berusaha lansung memahami kehendak anak buah kita."


"Oleh itu ambillah iktibar permainan ini, didalam kamu memainkan peranan sebagai pemimpin. Bimbinglah anak-anak buah kita yang masih 'gelap' dengan penuh hikmah."

"Seterusnya apa yang ustaz nak sampaikan ialah; sebenarnya kepimpinan itu bukanlah suatu perkara yang susah. Kamu boleh capai matlamat kamu. Apa yang penting kamu perlukan sedikit kesabaran untuk berusaha dan tidak berputus asa. Buktinya, setelah 3 kali percubaan kamu semua Berjaya menepati masa yang ditetapkan bahkan ada kumpulan yang awal seminit dari masa yang ditetapkan."

"Akhir sekali, apa yang ustaz ingin tekankan. Permainan ini bukanlah tujuan utama untuk memenatkan kamu serta untuk kamu sekadar bersuka. Tetapi yang lebih penting adalah untuk kamu rasa keadaan sebenar situasi kamu sebagai pemimpin pelajar. Insyallah ustaz doakan kamu semua menjadi pemimpin yang cemerlang."

Alhamdulillah, modul ini berjalan lancar. Program berjalan dengan perlaksanaan 1 lagi modul sampingan serta dituruti 4 modul serta 4 tugasan pada keesokan siangnya.

Wallahualam.
[Insyallah saya akan menyambung menulis untuk 4 lagi modul]

No comments: