Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Tuesday, February 2, 2010

6 atau 7 ?

Seawal jam 7.30am saya yang bekereta meluncur ke highway PLUS menuju kearah Kuala Selangor. Muka ku tersenyum kegembiraan membayangkan medan juangku sedang menanti yang terbentang 4 ekar tanah, 3 buah bangunan 2 tingkat, rumah-rumah wakaf. Dan apa yang lebih menarik ialah visualisasi wajah-wajah ratusan anak-anak ku yang bermukim di sana. Yang pada merekalah juang tarbiyah islami ku curahkan.

Dengan perjalanan yang lebih kurang 11okm, aku mula memasang niat bermusafir. Sepertimana hari-hari lainnya suasana konti IKIM.fm menghingari ruang dalam kereta ku. Dalam perjalanan dapat aku amati kemeriahan pemanggil memberikan pandangan masing-masing terhadap topik Cerna Minda yang diutarakan oleh pengara IKIM.fm iaitu Z & Z. Sebagai bekas jiran kepada Ustaz Zamri aku cuba menggambarkan perwatakannya di konti.

Hangat juga topik ini dibincangkan oleh pemanggil. Iaitu isunya menganai cadangan kerajaan untuk memulakan alam persekolahan seawal kanak-kanak 6 tahun. Riuh rendahlah gelombang IKIM dgn pendapat-pendapat yang setuju dan sebaliknya. Kebanyakkan pemanggil mengatakan kanak-kanak masih lagi tidak bersedia serta membantutkan perkembangan kanak-kanak yang mana fitrahnya suka bermain.

Setelah hampir separuh jalan hati saya terdetik untuk turut memberi pendapat. Setelah 5 kali saya terawangan dalam gelombang Telekom, akhirnya dapat merobosi talian.


"Assalamualaikum, siapa disana" kedengaran hanya suara Zarita yang saya kira ditinggal sebentar oleh Zamri di konti.


"Waalaikumussalam, Zarita ya!, Sazli Ansari dari Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar."

"Saya bersetuju, tetapi dua institusi yang bakal saya sebutkan ini perlu bersedia terlebih dahulu. Iaitu yang pertamanya kerajaan. Khususnya Kementerian Pedidikan."
"Sistem pedidikan kita d isekolah sekarang ini lebih berorientasikan meja, kerusi dan bilik kelas. Tiada mana-mana sekolah rendah di Malaysia ini yang menyediakan taman pemainan di sekolah. Bererti di sini kita memisahkan fitrah bermain kanak-kanak dengan proses mendapatkan ilmu. Kita tak merasakan kanak-kanak boleh mendapat ilmu dengan bermain. Dan juga kita menafikan ilmu itu sebenarnya boleh disampaikan secara santai serta secara permainan. Dan pada saya inilah kaedah yang berkesan. Kerana proses belajar yang melibat 3 jenis deria iaitu Visual, Audio dan kenestetik itu sebenarnya lebih berkesan.


"Kemudian di sekolah-sekolah saya tak lihat bahawa guru mengajar pelajar di tepi-tepi padang sekolah, di atas gelanggang badminton atau di mana sahaja yang sesuai selain bilik darjah. Bererti di sini guru juga melalui kementerian masih belum bersedia dan terdedah dengan kreativiti untuk mengajar."

"Yang keduanya, institusi keibubapaan perlu bersedia. Kerana saya berpegang pada prinsip bahawa anak-anak adalah ibarat kain putih yang sedia dibentuk oleh kedua ibu bapanya. Contohnya dirumah, kita menyediakan ruang menonton televisyen yang istemewa untuk anak-anak, sehinggakan ada kediaman yang mempunyai 3 atau lebih ruang menonton telivisyen. Tapi ibu bapa sama sekali tidak menyediakan ruang membaca yang menarik dekorasinya beserta perabot pemainan dengan dilitupi dengan buku-buku yang ghairah untuk diperah isinya. Lalu dengan mudah kita katakan anak lebih suka menonton kerana itu adalah fitrah anak-anak."

"Oleh itu ingin saya tegaskan, memasukkan anak darjah satu pada umur 7 tahun hanya satu tradisi anutan lama sahaja. Sama seperti orang zaman dahulu kala yakini bahawa besi jatuh bila di udara dan tenggelam bila di air. Tapi terbukti bukan, besi telah menjadi pengakutan utama di udara dan laut."

"Jadi, yakinlah ini hanyalah satu kepercayaan tradisi Malaysia. Dua institusi ini perlu berani berubah dahulu barulah tradisii akan terlerai" sambung saya sebagai kata akhir

"Terima kasih, assalamualikum."

No comments: