Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Saturday, September 12, 2009

Kenapa Isteri Lari Dari Rumah?

(sekadar gambar hiasan)

"Ring! ring! ring!......" telefon bimbit saya berbunyi.


Saya lantas melihat jam di telefon sebelum menjawapnya. Saya lihat masa terpapar jam 2.37 pagi.

"Ini mesti 'emergency' ", detik hati saya.

" Assalamuaikum, kenapa bang?."


" Ada masalah besar ni Li, masalah rumah tangga. Saya duduk seorang sekarang ni." Jelas si pemanggil.


" Ish kenapa pula jadi macam tu." Tanya saya.

Saya cuba mendapat kepastian, walaupun saya telah mengetahui masalahnya dari seseorang lebih kurang 4 hari yang lalu.


" Tak tahu lah Li, saya jadi tak khabar. Itu yang dia lari dari rumah tu." Jelasnya.


"Awak ada pukul isteri awak ke?."


" Adalah sikit, tapi tak tahu lah Li; saya tak khabar lagu mana. Saya tak tahu nak buat lagu mana lah ni. Saya nak ambil dia balik dari rumah adik dia. Tapi dia tak nak. Dia kata dia takut." Jelasnya dengan lebih panjang.


" Insyallah saya cubalah dan kita sama-sama berdoa."


" Awak cubalah jelaskan pada dia, saya benar-benar insaf Li. Saya benar-benar rasa bersalah." Sambungnya dengan penuh keinsafan.


" Ok, assalamuaikum Li, maaf lah menganggu. Apa-apa telefon lah semula ya!." Dia mengakhirkan perbualan telefon kami dengan nada sedih dan duka.



Sememangnya, rumahtangga mana yang tak bergelora. Tak kiralah ia ustaz, pakar motivasi, pakar psikologi, pakar cinta atau pakar apa sahaja. Termasuklah walau baru setahun jagung berkahwin mahupun 10 atau 20 tahun tempoh perkahwinan. Geloranya pasti boleh datang bila-bila masa. Tak kira puasa atau pun raya.

Maklumlah dua insan yang berlainan jantina, sifat, emosi, akal, tenaga, gaya, keterampilan, pendidikan, fitrah dan fahaman; bersatu untuk mengemudi satu bahtera.


Termenung saya sebentar selepas mendengar berita ini. Memikirkan sejenak nasib bakal dihadapi anaknya yang baru beumur 4 tahun. Lalu terdetik dihatiku dengan doa, " ya Allah selamatkanlah rumahtangga abangku ini ".


Sebaik sahaja selesai solat Subuh saya terus rumah abang tersebut.


" Tahniah abang!." Ucap saya selamba.

Dengan wajah termangu dia menjawab, " tahniah apa?".

"Tahniah kerana rumahtangga abang sedang menghampiri kematangan! ". "Agak abang kenapa isteri abang lari?".


"Ha, ish, eh....sebab dia dah tak rasa selesa bersama dengan abang lagi lah kot " jawabnya dengan nada yang tak pasti.


"Ya ke?, abang rasa sebab apa Allah beri para isteri yang mengandung dan melahirkan anak. Tidak pada kita yang gagah dan kuat ini?." Menambah soalan bukan tujuan untuk memeningkan kepalanya tetapi memberi ransangan untuk dia berfikir.


Sedang dia termangu memikirkan soalan aku tadi, aku terus mencelah atas tujuan memecahkan kebuntguannya. "Bukankah Rasulullah s.a.w telah beritahu kita bahawa wanita itu punyai 1 akal dan 9 nafsu manakala lelaki adalah sebaliknya."


"Ya, jadi kenapa?."

"Bererti para isteri punyai kekuatan emosi dan kita para suami punyai kekuatan logik. Dengan emosi kasih-sayang menyebabkan proses mengandung yang membebankan serta proses melahirkan yang sangat sakit dapat diharungi oleh para isteri."

"Dan disebabkan emosi kasih-sayang jugalah isteri abang lari dari rumah!." Tambah aku lagi, bertujuan untuk memberi jalan keluar kebuntuannya.


"Apa maksud kamu", sahutnya dengan nada agak tegas.


"Sebab isteri abang sayang dekat abang, itulah sebab dia lari. Dia tak nak abang terus melakukan dosa kepadanya. Dia tak nak abang terus hanyut mengikut nafsu."

"Kalau dia tak sayang abang, dia akan turut lawan abang menggunakan tenaga dia. Mungkin dia akan ambil kayu atau parang atau pisau dan melulu bertindakbalas menyerang abang. Tapi dia tak lakukan semua itu sebab dia masih mengasihani abang. Jadi dia ambil tindakan lari untuk beri masa pada abang berfikir serta muhasabah diri."


Saya lihat cecair jernih memenuhi kelopak mata abang ini, dan saya yakin inilah tanda penyesalan.


"Penyelesai terbaik masalah ini adalah abang sendiri, bukan saya, bukan ustaz, bukan pakar motivasi, bukan kadi, bukan sesiapa sahaja."

"Apa yang kakak inginkan ialah bukti kasih-sayang abang. Dia lari bererti dia ingin abang hadir semula dalam cintanya. Dia bimbang dia hanya bertepuk sebelah tangan."

"Bila abang datang memujuk, bererti abang menyahut cintanya serta mengenepikan ego abang demi menghargai dirinya."


"Fikirkanlah bang, dan teruslah bermunajat pada Allah." Nasihatku terakhir sebelum beredar.



Wallahualam!

2 comments:

AISYAH said...

harap para suami semua faham lah luahan rasa dan bicara jiwa seorang isteri..

moga Allah kurniakan
mawaddah wa rohmah...
kepada semua bait muslim di negara kita. Amin2!

tahniah untuk post yang menyedarkan ini.

hermanilian88 said...

Ya Allah... Sesungguhnya aku pernah lupa siapa diriku sebenarnya, maha hebat dugaan Allah..
Manusia mudah lalai semasa senang dan akan menyesal selepas terhantuk!
Lindungilah keluargaku ya Allah.