Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Monday, May 4, 2009

Mencari ALASAN atau PENYELESAIAN ?


Setiap insan pasti mempunyai tanggungajawab dan amanah masing-masing. Samada amanah pada diri, keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan sebagainya. Pastinya dalam menjalankan amanah, akan menghadapi pelbagai mehnah dan cabaran. Namun ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk amanah terhenti dan tidak dilaksanakan dengan sempurna.

1. Bagi ibu/bapa pastinya amanah mendidik serta mentarbiyah anak-anak adalah tangunggajawab yang besar serta yang utama. Dalam hal ini Allah s.w.t menyediakan Surah Luqman sebagai rujukan. Luqman yang bukan dari golongan bangsawan tidak menjadikan alasan untuk gagal mengasuh serta mentarbiyah anak-anaknya. Tumpuan penyelesaian adalah pada Aqidah dan Akhlak.

2. Sebagai pemimpin masyarakat dan negara sudah pasti tidak ada alasan untuk gagal dalam tugasan. Model sudah cukup samada melalui Al-Quran, Hadith serta sejarah. Penyelesaian dari contoh Rasulullah s.a.w hampir meliputi seluruh helaian Al-Quran dan Hadith. Diikuti sejarah pemeritahan Saiyyidina Abu Bakar, SaiyyidinaUmar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan seterusnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Keutamaan penyelesaian adalah tertumpu pada Aqidah kaum muslimin. Kemudian barulah pada kesejateraan hidup rakyat. Mereka bukan hanya berjalan kaki 3 kilometer malah lebih dari itu. Bukan hanya sekali dalam tempoh 51 tahun. Tetapi hampir setiap hari berjalan setiap pelusuk negara pada tengah malam, meneliti cabaran hidup rakyat. Memikul sendiri atas bahu mereka makanan untuk rakyat, bahkan dimasak dan dihidangkan pula.

3. Sebegai penggerak dan ahli organisasi terutama Organisasi Harakah Islamiyyah (OHI). Perlu diingat OHI tidak pernah memerlukan saudara. Tetapi saudara yang memerlukan OHI. Oleh yang demikian apa sahaja perkara yang berlaku tidak perlu dilihat sebagai masalah. Tetapi lihatlah sebagai 'KESERONOKAN'. Keseronokan mencari penyelesain. Maka fokus anda berubah. Maka akal tidak lagi memikirkan alasan.
Adalah suatu perkara yang lumrah dalam organisasi terutama OHI. Cabaran memastikan ahli mempunyai ukhwah yang mantap serta tidak berkurangan. Sudah pasti penyelesaian adalah dengan cara kerap berkumpul dan bertemu. Samada pertemuan spontan atau berkala (tetap). Tetapi ia tetap menjadi cabaran; bukan semua ahli komit untuk turut serta walaupun tarikh dan masa yang dicadangkan cukup sesuai.
Yakinlah, sekiranya sesuatu perkara kita lihat dengan keseronokan pasti ia selesai dengan seronoknya. Akal fikiran kita juga 'seronok' berfikir mencari penyelesaian. Mustahilkah bagi satu organisasi mengadakan perjumpaan jam 4 atau 5 pagi. Pada zaman teknologi kini kita hanya perlu taip dan pesanan sampai di telifon bimbit mereka. Bagi yang 'liat', ketuk pintu mereka; gunakan kenderaan yang ada untuk 'heret' mereka. Pasti mereka yang kena 'heret' akan tersenyum bila terkenang sendiri suatu masa nanti.


EGO membunuh PENYELESAIAN:

Awas! ego menyebabkan fikiran kita terbatas. Terbatas dalam likungan alasan. Kita akan sentiasa mencari sebab diluar 'circle of control'. Ayah/ibu mencari kesalahan anak. Pemimpin mencari kesalahan anak buah atau rakyat. Ahli mencari kesalahan ketua. Akibatnya jalan PENYELESAIAN buntu tak jumpa-jumpa.
Penyelesaian datang dari diri sendiri (for things to change I must CHANGE FIRST). Diri kita adalah 'cirle of control' kita. Automatik diri akan tanya "apa yang saya boleh lakukan" bukan "apa yang mereka-orang lain perlu lakukan".

Wassalam.....jupa di lain 'post'

Note: Petikan dari Modul 'ISLAM - Fitrah & Perubahan' yang dijalankan oleh Sazli Ansari (Pengerusi Yayasan Al-Ansar)

No comments: