Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Saturday, September 19, 2009

Salam Eidulfitri !


Salam Eidulfitri
kepada semua rakan-rakan serta sahabat-sahabat. Dari saya Rosazli B Md Yasin, Aida Rosniza Bt Safiee serta anak-anak (Nur Nasihah, Nur Nadhirah, Muhammad Muzakkir, Nur Nasriyah & Muhammad Miqdam)

kepada rakan-rakan atau yang mengenali Allahyarhamah isteri saya Norizan Jaffar. Pada hari kemenangan ini marilah kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada beliau.....Al-Fatihah!

Pada tahun ini kami beraya di Kg. Ketapang, Pernu, Melaka. Sesiapa yang berkesempatan dan sudi, sila lah datang berkunjung ke rumah ibu bapa saya di Melaka atau ke rumah saya di Dengkil, Sepang, Selangor. Semoga kita bertemu kembali selepas raya. Akhir kata;


Maaf Zahir & Batin

Thursday, September 17, 2009

Cemburu!!!!!!!



Saya sememangnya tidak suka mengamalkan budaya 'copy & paste' dalam blog saya. Tetapi pagi ini apabila saya menerima email dari rakan Yahoo Group (Nur Hayati) mengenai berita di bawah. Hati saya amat rasa cemburu. Lalu saya meminta izin padanya untuk 'paste' kannya didalam blog ini. Semoga CEMBURU itu semakin kuat dalam jiwa saya dan mungkin juga pada rakan-rakan pembaca.

Wallahualam.

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta.

Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.



Tuesday, September 15, 2009



[Allahyarhamah isteri tersayang Norizan, aku, anak sulong Nur Nasihah]

[isteri tersayang Aida Rosniza]






[mandi kolam air panas di Darul Hidayah]

[Tamrin dah lupa]

[berlakon Memali di Mentakab]


[dari kiri - tak tau nama, tak tau nama, arwah norizan(isteri aku),rosni,huda,kharina,zakiah,yg belakang tu tak clear muka]

Tamrin di Mentakab. Pahang


Saturday, September 12, 2009

Kenapa Isteri Lari Dari Rumah?

(sekadar gambar hiasan)

"Ring! ring! ring!......" telefon bimbit saya berbunyi.


Saya lantas melihat jam di telefon sebelum menjawapnya. Saya lihat masa terpapar jam 2.37 pagi.

"Ini mesti 'emergency' ", detik hati saya.

" Assalamuaikum, kenapa bang?."


" Ada masalah besar ni Li, masalah rumah tangga. Saya duduk seorang sekarang ni." Jelas si pemanggil.


" Ish kenapa pula jadi macam tu." Tanya saya.

Saya cuba mendapat kepastian, walaupun saya telah mengetahui masalahnya dari seseorang lebih kurang 4 hari yang lalu.


" Tak tahu lah Li, saya jadi tak khabar. Itu yang dia lari dari rumah tu." Jelasnya.


"Awak ada pukul isteri awak ke?."


" Adalah sikit, tapi tak tahu lah Li; saya tak khabar lagu mana. Saya tak tahu nak buat lagu mana lah ni. Saya nak ambil dia balik dari rumah adik dia. Tapi dia tak nak. Dia kata dia takut." Jelasnya dengan lebih panjang.


" Insyallah saya cubalah dan kita sama-sama berdoa."


" Awak cubalah jelaskan pada dia, saya benar-benar insaf Li. Saya benar-benar rasa bersalah." Sambungnya dengan penuh keinsafan.


" Ok, assalamuaikum Li, maaf lah menganggu. Apa-apa telefon lah semula ya!." Dia mengakhirkan perbualan telefon kami dengan nada sedih dan duka.



Sememangnya, rumahtangga mana yang tak bergelora. Tak kiralah ia ustaz, pakar motivasi, pakar psikologi, pakar cinta atau pakar apa sahaja. Termasuklah walau baru setahun jagung berkahwin mahupun 10 atau 20 tahun tempoh perkahwinan. Geloranya pasti boleh datang bila-bila masa. Tak kira puasa atau pun raya.

Maklumlah dua insan yang berlainan jantina, sifat, emosi, akal, tenaga, gaya, keterampilan, pendidikan, fitrah dan fahaman; bersatu untuk mengemudi satu bahtera.


Termenung saya sebentar selepas mendengar berita ini. Memikirkan sejenak nasib bakal dihadapi anaknya yang baru beumur 4 tahun. Lalu terdetik dihatiku dengan doa, " ya Allah selamatkanlah rumahtangga abangku ini ".


Sebaik sahaja selesai solat Subuh saya terus rumah abang tersebut.


" Tahniah abang!." Ucap saya selamba.

Dengan wajah termangu dia menjawab, " tahniah apa?".

"Tahniah kerana rumahtangga abang sedang menghampiri kematangan! ". "Agak abang kenapa isteri abang lari?".


"Ha, ish, eh....sebab dia dah tak rasa selesa bersama dengan abang lagi lah kot " jawabnya dengan nada yang tak pasti.


"Ya ke?, abang rasa sebab apa Allah beri para isteri yang mengandung dan melahirkan anak. Tidak pada kita yang gagah dan kuat ini?." Menambah soalan bukan tujuan untuk memeningkan kepalanya tetapi memberi ransangan untuk dia berfikir.


Sedang dia termangu memikirkan soalan aku tadi, aku terus mencelah atas tujuan memecahkan kebuntguannya. "Bukankah Rasulullah s.a.w telah beritahu kita bahawa wanita itu punyai 1 akal dan 9 nafsu manakala lelaki adalah sebaliknya."


"Ya, jadi kenapa?."

"Bererti para isteri punyai kekuatan emosi dan kita para suami punyai kekuatan logik. Dengan emosi kasih-sayang menyebabkan proses mengandung yang membebankan serta proses melahirkan yang sangat sakit dapat diharungi oleh para isteri."

"Dan disebabkan emosi kasih-sayang jugalah isteri abang lari dari rumah!." Tambah aku lagi, bertujuan untuk memberi jalan keluar kebuntuannya.


"Apa maksud kamu", sahutnya dengan nada agak tegas.


"Sebab isteri abang sayang dekat abang, itulah sebab dia lari. Dia tak nak abang terus melakukan dosa kepadanya. Dia tak nak abang terus hanyut mengikut nafsu."

"Kalau dia tak sayang abang, dia akan turut lawan abang menggunakan tenaga dia. Mungkin dia akan ambil kayu atau parang atau pisau dan melulu bertindakbalas menyerang abang. Tapi dia tak lakukan semua itu sebab dia masih mengasihani abang. Jadi dia ambil tindakan lari untuk beri masa pada abang berfikir serta muhasabah diri."


Saya lihat cecair jernih memenuhi kelopak mata abang ini, dan saya yakin inilah tanda penyesalan.


"Penyelesai terbaik masalah ini adalah abang sendiri, bukan saya, bukan ustaz, bukan pakar motivasi, bukan kadi, bukan sesiapa sahaja."

"Apa yang kakak inginkan ialah bukti kasih-sayang abang. Dia lari bererti dia ingin abang hadir semula dalam cintanya. Dia bimbang dia hanya bertepuk sebelah tangan."

"Bila abang datang memujuk, bererti abang menyahut cintanya serta mengenepikan ego abang demi menghargai dirinya."


"Fikirkanlah bang, dan teruslah bermunajat pada Allah." Nasihatku terakhir sebelum beredar.



Wallahualam!

Friday, September 11, 2009

Fesyen lah?

Ketika segelintir umat Islam sedang menangis serta meratapi akan pemergian Ramadhan yang semaikin hari semakin hampir. Tidak kurang pula ada yang semakin gembira akan pemergiannya. Gembira akan kedatangan Aidilfitri. Bukan kerana gembira untuk meraikan kemenangan Ramadhan di Aidilfitri nanti. Tetapi kerana Aidilfitri akan mengubah 'mood' sebulan Ramadhan.

Mood berRAYA.
Raya segalanya, hingga lupa bahawa skop ibadah dan peraturan Allah yang dihayati pada Ramadhan adalah berterusan dan tidak pernah sama sekali Allah s.w.t memansuhkannya. Baik dalam mana-mana ayat Al-Quran mahupun Hadith Rasulullah s.a.w.
__________________________________________________________
'mood' RAYA bermula. Ibu bapa mula ghairah untuk membelikan anak-anak baju baru; dan yang mampu pastinya mencari-cari fesyen terbaru.

Sebagai ibu bapa kepada 6 orang anak saya juga tak terlepas dari 'mood' sedemikian. Ingin belikan baju raya untuk anak. Setidak-tidaknya seorang sepasang. Dalam ertikata lain sebenarnya kita ingin membelikan baju baru untuk anak, dan peluang ini hanya kita penuhi setahun sekali.
Tak salah bukan?

Ya lah! apa gunanya kita berkerja jika keperluan asas anak kita tak dapat penuhi.

Tapi.....hahaha....bagaimana kita penuhi, khususnya di sini bab pakaian. Atau lebih tepat lagi FESYEN PAKAIAN.

Perlu ingat!!!!!!

Anak kita apa yang kita pakaikan pada mereka.
Tapi ada yang berpendapat, "Apa ada pada pakaian!".

Ishhh....ishhhh...ishhh

Pada pakaian ada halal atau haramnya, personaliti, penampilan dan gaya.

Cuba kita pakaikan anak kita jubah, kopiah serta berserban atau yang perempuannya berjubah dan bertudung. Nampak keayuan dan kesopanannya bukan?.

Tapi bagaimana pula kita pakaikan mereka seluar pendek dan baju lengan 'sleeve less'. Terserlah pula gaya 'bebas' mereka bukan?.

Namun bukanlah saya mengajak untuk menyelimut anak-anak yang masih kecil dengan pakaian yang tutup sehingga menyebabkan anak rimas serta hilang 'kewarnaan' dan keceriaan kanak-kanak terhadap pakaian mereka. Kerana dengan cara ini bukan sahaja kita akan mematikan fitrah anak yang sukakan warna-warni, ceria, kepelbagaian, keterampilan malah kita akan mengongkong cara pemikiran anak.

Bukankah kita sekarang ini mempunyai pelbagai pilihan. Pilihan kita tak sahaja terikat di SOGO, JAYA JUSCO, PARKSON dan sebagainya. Kita ada pilihan internet, butik muslim dan pelbagai lagi. Contohnya seperti fesyen yang saya tunjukkan dibawah. Sejuk bukan mata kita bila melihat anak kita berpakaian begini. Anak-anak kita masih boleh bertabarruj (berhias) dengan cara yang halal.

Ya!...betul, mereka masih kanak-kanak yang masih tidak dikuatkuasakan peraturan aurat serta dosa pahala. Tapi adakah ini bermakna tempoh pendidikan dan penghayatan Islam tak perlu bermula. Atau mereka perlu dibiarkan sahaja panduan dan bimbingan. Seterusnya menerima maklumat dan praktikal yang salah mengenai cara berfesyen sebagai muslim

Wallahualam.







Wednesday, September 9, 2009

Purdah?

Tak tau nak mula cam ne?....................
Sudah menjadi tabiat manusia, bila diseru akan sesuatu oleh Ilahi terutama menjurus kepada kebaikkan..........maka keengkaran akibat ego mengatasi kepatuhan suruhanNya.


Akan tetapi...kerana kebimbangan akan sakit atau mati segera dipatuhi akan saranan manusia. Maka 'berpurdah'lah mereka dengan 'face mask'. Tak kira yang bertudung mahupun tidak. Tidak kira Islam mahupun kafir. Segera mengenakan 'purdah' tanpa perlu bukti dalil Al-Quran mahupun Hadis.


Tetapi jika ada segelintir umat Islam mengenakan purdah; digelar ekstrimis agama.




Allah Maha Kaya; didatangkan bala influenza A H1N1. Maka tak kira agama dan bangsa, semuanya pakat nak ber'purdah'.


Kalau dulu Jabatan Kerajaan dan sebahagian besar syarikat swasta menghalang pekerjanya berpurdah tetapi lah ni, disuruh malahan dibelikan pula.




Tapi peliknya sesetengah perempuan muslim yang tak bertudung, berkain belah sampai ke atas peha, turut ber'purdah'. Ini cerita ambil yang sunat pinggir yang wajib.






Alkisah..............................................!!!!!!!!!!




Bukanlah saya nak ketengahkan isu purdah.




Tetapi apa yang saya nak tekankan ialah, sikap kita sebagai umat Islam. Atau lebih tepat, Hamba Allah.


Sebelum ini menolak malah memperlekehkan suruhan Allah samada ia bersifat sunat mahupun wajib. Setelah datang bala Allah s.w.t barulah kita pantas melakukannya. Itupun bukan kerana Allah. Tetapi kerana takut susah, sakit atau mati.




Kalau dahulu kita menolak malah merperlekehkan suruhan tersebut tetapi pada hari ini kita menerimanya walau dalam dimensi yang berlainan.






Wallahualam.

Friday, September 4, 2009

Raikanlah Fitrah Anak !



Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira, membaca Al-Quran (4M) seawal mungkin. Ibu bapa akan timbul cemburu sekiranya terdapat anak-anak rakan atau jiran yang lebih terdahulu pandai 4M diatas berbanding anak mereka. Lebih-lebih lagi apabila melihat media mendedahkan terdapat kanak-kanak yang sudah pintar sains, matematik seawal umur 4 tahun dan 6 tahun. Dan ada pula kanak-kanak yang seawal umur 12 atau 13 tahun sudah memulakan pengajian di Oxford University.

Pastinya sebagai ibu bapa kita akan rasa tercabar serta terdorong untuk meletakkan anak-anak kita seperti situasi di atas.

Perubahan zaman bukan sahaja mengubah tahap kemodenan teknologi malah mengubah tahap kecerdikan dan kematangan manusia.

Sekitar 1950 hingga 1980an, di Tanah Melayu ketika itu kanak-kanak lingkungan umur 4 hingga 6 tahun, masih tidak mempunyai pelajaran formal. Malahan masih bogel berkejaran keliling rumah mahupun mandi di sungai ataupun berkubang di bendang. Pada zaman ini kanak-kanak pada umur tersebut masih seronok bermain dengan alam. Apa yang ada dalam benak fikiran mereka adalah 'bermain'. Celik sahaja mata, belum sempat terang tanah mereka telah mulakan agenda permainan mereka sendiri. Sehinggalah meningkat umur 12 tahun. Mereka terus bermain. Dan permainan mereka adalah lebih berbentuk alami; layang-layang, gasing, godam, galah panjang, tarik upih pinang, laga sepat, laga labah-labah, mandi sungai, mengail pelbagai lagi.

Pergi sekolah bawa 'spider' atau guli atau gasing atau apa sahaja permainan mengikut musim. Atau setidak-tidaknya waktu rehat berkejar di kawasan lapang atau lorong; bermain galah panjang. Setibanya di rumah, berkejar pula untuk main layang-layang, main bola atau apa sahaja permainan yang berbentuk komuniti.

Waktu cuti pula gelap tanah, baru muncul muka di rumah. Ke pantai, menjala tangkap ikan atau melanggai tangkap udang atau cari siput dan kerang. Adakalanya bergelumang lumpur dengan kerbau di bendang.

Main, main, main, main, mainnnnnnnnnn.................................

Pada ketika ini tak pelik sekiranya masuk tahun 1 baru belajar nak membaca, menulis, mengira.
Tetapi kenytaannya, mereka yang dibesarkan pada zaman inilah yang mana sekarang sedang dan telah menerajui Malaysia. Yang mana bergelar VIP, VVIP, VVVIP, VVVVVVIP atau sekalian banyak V untuk IP mereka.

Teringat saya pada satu ayat iklan yang mengiklankan akhbar Berita Harian.
"Dunia dah maju, zaman dah berubah!."
Jadi, apa, kenapa dan mengapa?.
Adakah dengan perubahan zaman mengikut kemajuan teknologi; kita sebagai ibu bapa seenaknya boleh menafikan Fitrah kanak-kanak?.

Lebih mencabar jika kita sedang membesarkan anak-anak dalam situasi bandar. Fitrah bermain iaitu tujuan mencari hiburan yang sebelumnya bersifat alami bertukar kepada aplikasi teknologi. Dan pengaplikasian teknologi tersebut terdapat di Cyber Cafe serta pusat membeli belah. Ataupun dalam bentuk 'Play Station', 'electronic games' dan sebagainya yang boleh dimainkan di rumah.

Dalam pada masa yang sama ada juga kalangan ibu bapa yang menyempitkan ruang main anak-anak mereka. Seawal umur 3 atau 4 tahun sehinggalah 10 tahun, ruang bermain anak-anak ketika hari cuti disempitkan dengan kelas tuisyen, smart reader dan bermacam-macam kelas lagi. Semuanya dilakukan atas desakan bagi memastikan anak mereka 'bijak'.


Komentar:

1. Bermain atau main adalah cara anak-anak kita berhibur. Hiburan bukan sahaja fitrah yang perlu dipenuhi pada kanak-kanak malah pada diri ibu bapa itu sendiri (iaitu orang dewasa).


2. Maka raikanlah fitrah anak-anak untuk bermain, kerana dengan cara ini mereka memuaskan kehendak hiburan mereka.

3. Namun pada pendapat saya fitrah bermain untuk kanak-kanak adalah lebih berbentuk bermain yang melibatkan kordinasi semua tubuh serta ransangan akal. Ada pun permainan elektronik hanyalah melibatkan pergerakan sedikit sahaja jari. Dan kurang melibatkan akal kerana akhirnya tindakan dalam permainan elektronik bersifat tindakan yang sterotaip.


4. Anak-anak pada zaman kanak-kanak perlu dipuaskan dengan bermain seperti makusd di atas. Kerana dengan cara ini akan meransang minda anak untuk lebih kreatif dan berinovatif. Dan apa yang lebih penting mereka punyai benteng nilai diri.
Contoh permainan yang saya ambil disini, ialah galah panjang. Kanak-kanak dapat belajar

a) Strategi menyerang dan bertahan, berhadapan dengan pelbagai cara lawan mengikut pemainnya.
b) Mengajar erti sabar apabila kalah atau ejekan dari kawan secara tidak lansung membina ketahanan minda.
c) Semangat berkumpulan serta tidak mementingkan diri sendiri.


5. Berbanding dengan permainan elektronik yang mana anak hanya 'syok sendiri'. Hakikat sebenarnya segala pergerakan dan strategi telah diprogramkan oleh komputer.


6. Namun dalam pada itu bukanlah maksud saya bahawa anak perlu bermain secara total. Tetapi sebenarnya sebagai ibu bapa kita perlu beri ruang secukupnya pada mereka. Dan apa yang lebih penting ialah permainan yang tepat.


7. Kerana pada zaman kanak-kanak sahajalah mereka berpeluang untuk bermain. Maka sekiranya kita sebagai ibu bapa menyekat hak mereka ini. Bilakah masa dan waktu lagi mereka boleh bermain. Hasilnya anak-anak tertekan dan menonjolkan rasa 'pemberotakan hati' mereka apabila sudah mampu punyai 'taring' sendiri. Mungkin ketika remaja atau peralihan remaja menuju dewasa. Buktinya pengakuan ibu Sufiah Yusuf mengenai anaknya (sumber Berita Harian - maaf tidak dapat sediakan link) yang suatu ketika dulu menjadi kanak-kanak pertama memasuki Oxford University.





Wallahualam.


p/s: Saya perlukan komen dari pembaca.