Blog Rasmi Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

KEDAI Buku Online Anda

Saudara-saudari juga dijemput untuk ke kedai buku DAMAI BOOK CAFE [sila klik]
*************************************************************************************************

WANG di hujung JARI anda!!!!!!!!!

Friday, March 27, 2009

ISME & Idola Menyempang Remaja

Remaja merupakan golongan yang terdorong untuk mencari indentiti diri. Akibat dari terpengaruh dari situasi dan rakan sebaya, remaja yang tidak diletakkan dalam lingkungan (suasana hidup) ISLAM akan mudah terpengaruh dengan kepercayaan atau isme ekstrim. Ini kerana isme tersebut amat sesuai dengan jiwa remaja yang inginkan sesuatu yang mencabar dan mereka anggap sebagai 'bertenaga'. Maka timbullah pelbagai isme seperti Black Metal, Hippies, Punk, Anarchy dan pelbagai lagi. Lebih-lebih lagi mereka merasakan isme-isme ini memberi kebabasan untuk mereka lakukan apa saja mengikut selera nafsu. Akibatnya bukan sahaja perlakuan mereka tidak mengikut ISLAM; tetapi apa yang lebih malang Akidah mereka juga turut tergadai.

Perkara ini lebih malang lagi apabila sistem media dan penyiaran kita di Malaysia meletakkan artis terlalu tinggi. Sehingga ia menjadi ikutan dan sebilangan besar mereka mengambil sebagai idola. Perkara ini amat malang. Hal ini disebabkan artis-artis yang dilihat seperti baik ketika dalam lakonan atau persembahan nyanyian; tetapi identiti sebenar mereka adalah berlawanan. Sebahagian besar dari mereka hidup secara bebas tanpa landasan Islam.

Thursday, March 12, 2009

Pendidikan atau Pentarbiyahan

Akhir ini media panas semula dengan pendedahan akhlak remaja terutama di sekolah. Perkara ini bukanlah baru. Setiap kali ada laporan yang dibawa hingga ke peringkat umum, media dan kerajaan mula memanaskan isu.
Maka keluarlah pelbagai komen, pandangan, undang-undang dan tindakan. Tetapi seperti biasa, apabila hari bertemu hari; isu semakin dingin. Tapi adakah bila isu ini dingin di dada akhbar, dibibir penguasa dan dimata penguatkuasa ianya turut dingin dan pulih terhadap remaja?.
Kerap kali bila isu gejala sosial timbul, pelbagai pihak dipersalahkan. Remaja sendiri menyalahkan ibu bapa. Begitu juga dengan pihak pemerintah. Ibubapa dikatakan tidak bijak dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik terutama dalam memberi didikan terhadap anak-anak. Masyarakat pula khususnya ibu bapa menunding jari terhadap pemimpin negara. Mereka mempersoalkan keberkesanan program-program modal insan yang dirancang dan dianjurkan oleh pemerintah. Ada juga yang mempersoalkan tindakan kerajaan yang diibaratkan "tangan kiri membina, tangan kanan meroboh". Tempat-tempat maksiat serta program-program yang boleh merosakkan akhlak remaja dihalalkan serta ditaja; tapi pada masa yang sama aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dilakukan seperti melepaskan batuk ditangga. Tidak sempurna dari segi silibus dan perlaksanaannya. Jauh lagi dilakukan secara holistik mengikut landasan yang ditentukan oleh ISLAM yang SYUMUL.